Thursday, May 22, 2008

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar
bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru
tersebut
sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara
pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik
sebagai
orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak
berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa
yang
saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padangsekolah yang berada di luar kelas sekarang
juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput
di
depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang
lagi
walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang
berada
di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput
yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar
tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang
rumput
yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada
banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya
pun
terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh
ke
belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun
yang
paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu
tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi
tiadalah
rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi
yang
lebih baik daripada itu. Kitapatut hargai orang yang berada di depan
kita
sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang
berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi
berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu,
kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut
walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan
ingatlah
orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik
pada
MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti
rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh
diselamatkan
lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang
berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

No comments: