Tuesday, December 25, 2007

KLCC

Satu hari seorang pelancong USA dengan eksyennya menyewa teksi untuk melancong di KL. Pemandu teksi itu membawanya ke Menara Daya Bumi. Mr John inilah menara Dayabumi..dibuat dari mammar putih.. bila malam ia berkilauan...kami ambil masa setahun untuk menyiapkannya..kata pemandu teksi dengan bangga.

Ceh..kalau di USA..bangunan ini kami boleh siapkan dalam masa sebulan sahaja. Kata pelancong tadi dengan belagaknya. Pemandu teksi tadi terkedu. Untuk menunjukkan kecanggihan KL pelancong tadi dibawa ke Menara KL. Mr John inilah Menara Telekomunikasi yang canggih. Kami mengambil masa err...dua bulan untuk menyiapkannya.

Kata pemandu teksi sambil menyerkap jarang untuk melawan keegoan pelancong USA tadi.Oh...kalau di USA bangunan ini dapat disiapkan dalam masa dua minggu sahaja. Kata pelancong tadi dengan belagaknya.

Merah padamlah pemandu teksi tadi. Sambil memandu pemandu teksi tadi terus meluncur melintasi KLCC. Sambil bersiul pemandu teksi tadi tidak berkata apa-apa pun melainkan terus memandu.

Pelancong tadi dengan tersengih...menyindir..Che Mat...berapa lama masa diambil oleh negara kamu untuk menyiapkan bangunan itu. Kata pelancong tadi sambil menunjukkan kearah KLCC.

APA? kata pemandu teksi tadi...mana bangunan?kata Pemandu itu lagi kehairanan.
Itu..yang tinggi tu..Kata pelancong tadi sambil menunjukkan KLCC. La......Usupadora...entahlah Mr John...semalam saya lalu kat sini takda pulak bangunan ini . Bila pulak bangunan ini tumbuh...his..impossible. Kata pemandu teksi itu sambil mengerutkan muka. Mr John terdiam sambil menyesal."

INFO: Tahukah anda?

INFO: Tahukah anda?
Belut elektrik mampu mengeluarkan arus elektrik yang mampu menyalakan 12 buah lampu dan mampu membunuh manusia! Elektrik yang terdapat di tubuh belut ini sebenarnya adalah bertujuan untuk membunuh mangsanya.

Helang mempunyai jarak penglihatan yang terbaik di kalangan haiwan. Helang mampu melihat mangsanya pada jarak sejauh 3 km.

Labah-labah betina akan membunuh dan seterusnya memakan pasangannya (labah-labah jantan) sebaik selesai mengawan.

Burung terbang jauh bagi mengelakkan musim sejuk. Contohnya, burung-burung di kawasan kutub utara (Artik) boleh terbang sejauh lebih kurang 17 500 km menuju ke kutub selatan (Antartika) dan kemudian berpatah balik ke artik setiap kali perubahan musim berlaku . Apa yang menarik ialah mereka tidak pernah tersilap jalan – sesuatu yang masih menajdi fenomena (sesuatu yang mash belum terjawab) tetapi saintis percaya burung-burnug ini mungkin menjadikan medan magnnetik bumi sebagai 'penunjuk arah' mereka.

Nyamuk mengepakkan sayapnya sebanyak 500 kali dalam tempoh satu saat.

Pernahkah anda terfikir, mengapa ular suka 'menjelirkan' lidahnya keluar? Ular menjulur lidahnya keluar dan masuk kerana ingin mengetahui keadaan udara di sekelilingnya. Ular mempunyai sebuah organ di lelangitnya yang boleh menguji udara yang 'terlekat' pada lidahnya.

Haiwan apakah yang paling besar di muka bumi ini? Jawapan dinosaur adalah salah, kerana Ikan Paus Biru yang masih wujud sehingga kini adalah lebih besar dari dinosaur yang paling besar. Paus biru mempunyai berat sebanyak 150 tan atau 150 000 kilogram atau seberat 30 ekor gajah.

'Ikan Paus' bukanlah ikan. Ia adalah mamalia kerana bernafas melalui peparu - sama seperti manusia dan bukan melalui insang seperti ikan-ikan lain.

Paus biru ialah haiwan yang mampu mengeluarkan bunyi yang paling bising sekali. Ia mampu mengeluarkan bunyi yang mampu didengari oleh manusia yang berada sejauh 850 km darinya.

Kura-kura merupakan haiwan yang boleh hidup paling lama - iaitu sekitar 150 tahun. 152 tahun adalah rekod paling lama pernah dicatatkan.

Haiwan mana yang akan menang jika berlumba? Bukan arnab atau kura-kura, sebaliknya sejenis burung layang-layang. Dalam sejam ia mampu terbang sejauh 170 km (halaju 170 km/j). Harimau bintang pula menang dalam kategori haiwan darat terpantas iaitu dalam sejam ia mampu berlari sejauh 105 km. Jadi apabila berjumpa harimau, jangan lari.

Jangan lari jika terserempak harimau kerana ia jauh lebih pantas dari manusia. Jadi apa harus buat? Jangan panjat pokok kerana harimau menyimpan bangkai haiwan buruannya di atas pokok! Tetapi didapati haiwan ini menghadapi kesukaran apabia ingin turun semula ke bawah selepas memanjat pokok.

Sejenis ular 'Rattlesnake' boleh 'melihat' haba - sesuatu yang mustahil bagi manusia kerana kita merasa haba melalui kulit. Kebolehan ini digunakan reptilia ini untuk menangkap haiwan pada waktu malam.

Human Body Facts

Human Body Facts
The average human brain has about 100 billion nerve cells.

Nerve impulses to and from the brain travel as fast as 170 miles (274 km)per hour.

The thyroid cartilage is more commonly known as the Adams apple.

The only jointless bone in your body is the hyoid bone in your throat

it's impossible to sneeze with your eyes open.

Your stomach needs to produce a new layer of mucus every two weeks or it would digest itself.

It takes the interaction of 72 different muscles to produce human speech.

The average life of a taste bud is 10 days.

The average cough comes out of your mouth at 60 miles (96.5 km) per hour.

Relative to size, the strongest muscle in the body is the tongue.

Human thigh bones are stronger than concrete.

When you sneeze, all your bodily functions stop even your heart.

Babies are born without knee caps. They don't appear until the child reaches 2-6 years of age.

Children grow faster in the springtime.

It takes the stomach an hour to break down cow milk.

Women blink nearly twice as much as men.

Blondes have more hair than dark-haired people do.

There are 10 human body parts that are only 3 letters long (eye hip arm leg ear toe jaw rib lip gum).

If you go blind in one eye you only lose about one fifth of your vision but all your sense of depth.

The average human head weighs about 8 pounds.

Our eyes are always the same size from birth, but our nose and ears never stop growing.

In the average lifetime, a person will walk the equivalent of 5 times around the equator.

An average human scalp has 100,000 hairs.

The length of the finger dictates how fast the fingernail grows. Therefore, the nail on your middle finger grows the fastest, and on average, your toenails grow twice as slow as your fingernails.

The average human blinks their eyes 6,205,000 times each year.

The entire length of all the eyelashes shed by a human in their life is over 98 feet (30 m).

Your skull is made up of 29 different bones.

Your ears and nose continue to grow throughout your entire life.

After you die, your body starts to dry out creating the illusion that your hair and nails are still growing after death.

Hair is made from the same substance as fingernails.

The average surface of the human intestine is 656 square feet (200 m).

A healthy adult can draw in about 200 to 300 cubic inches (3.3 to 4.9liters) of air at a single breath, but at rest only about 5% of this volume is used.

The surface of the human skin is 6.5 square feet (2m).

15 million blood cells are destroyed in the human body every second.

The pancreas produces Insulin.

The most sensitive cluster of nerves is at the base of the spine.

The human body is comprised of 80% water.

The average human will shed 40 pounds of skin in a lifetime.

Every year about 98% of the atoms in your body are replaced.

The human heart creates enough pressure to squirt blood 30 feet (9 m).

You were born with 300 bones. When you get to be an adult, you have 206.

Human thighbones are stronger than concrete.

Every human spent about half an hour as a single cell.

There are 45 miles (72 km) of nerves in the skin of a human being.

The average human heart will beat 3,000 million times in its lifetime and pump 48 million gallons of blood.

Each square inch (2.5 cm) of human skin consists of 20 feet (6 m) of blood vessels.

During a 24-hour period, the average human will breathe 23,040 times.

Human blood travels 60,000 miles (96,540 km) per day on its journey through the body

FAKTA: Tahukah anda??

FAKTA: Tahukah anda??
1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkanberus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tapa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci jugamencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita.

Betapa beratnya menjadi seorang lelaki

Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya adalah seperti berikut :-

lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya

lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik dapat pahala dan kalau buat tak baik, dosanya ditanggung oleh suaminya

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian, nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki cepat mati kerana tidak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh ALLAH S.W.T. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu, kena jadi perempuan

Wanita
Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki
Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar tumah
Wanita saksinya kurang berbanding lelaki
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki

Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak
Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya (taat kepada ibunya)
Talak terletak di tangan suami
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki
Pernahkan kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tatapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukai dengan 4 syarat sahaja iaitu sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH....sayangnya ALLAH pada wanita.....kan