Sunday, February 10, 2008

Bagi Orang Yang Tak Berapa Faham......

1. Jalan raya adalah untuk kita bergerak kesana kemari dengan selesa, bukan untuk menunjuk handal berlumba ataupun menunjuk kehebatan kenderaan memecut !

2. Lampu 'hazard' digunakan untuk kenderaan rosak yang tak bergerak, bukan untuk memberitahu orang anda tak nampak jalan dalam hujan lebat !

3. Tong abu rokok adalah untuk kita membuang puntung rokok, bukan untuk dijadikan hiasan sahaja !

4. Kemudahan internet adalah untuk kita mencari ilmu dan maklumat, bukan untuk mencari bahan lucah !

5. Pejabat adalah untuk orang bekerja, bukan tempat untuk bersembang dan membaca surat khabar !

6. Suami adalah tempat isteri bergantung, bukan tempat untuk membebel dan meminta itu dan ini sampai suami lari cari perempuan lain !

7. Isteri adalah tempat suami bermanja, bukan bantal penumbuk untuk melepas geram dan dijadikan hamba abdi !

8. Taman bunga adalah tempat kita berehat dan berekreasi, bukan tempat untuk beromen dan melakukan maksiat !

9. Sekolah dan pusat pengajian tinggi adalah untuk kita mencari ilmu, bukan setakat lulus periksa dan dapat sijil sahaja !

10. Lampu isyarat kenderaan adalah untuk memberitahu orang kita akan membelok, bukan sebagai perhiasan kenderaan !

11. Ruangan berkenalan adalah tujuan untuk mendapat kenalan dan sahabat bagi bertukar fikiran dan mencari jodoh, bukan tempat untuk mendapatkan khidmat seks !

12. Mesjid adalah tempat beribadat, bukan ibu-pejabat untuk memulakan rusuhan dan tunjuk perasaan ataupun untuk mendapat kasut free !

13. Telefon awam adalah untuk kemudahan orang ramai berhubung dan bilamasa ada kecemasan, bukan untuk dirosakkan dan mendapat syiling percuma !

14. Lampu isyarat adalah untuk memberi peluang laluan kepada kenderaan, bukan untuk dijadikan 'starter' bagi pelumba-pelumba jalanraya !

15. Perlawanan bolasepak adalah sukan untuk ditonton dan disokong, bukan gelanggang untuk bergusti, berperangai liar dan pertandingan topeng muka tercantik !

16. Kerusi parlimen adalah untuk wakil berkhidmat kepada rakyat, bukan peluang untuk mengumpul harta !

17. Komputer adalah kemudahan bagi manusia memperolehi produktiviti, bukan untuk menghabiskan masa bermain 'games' !

No comments: