Sunday, November 12, 2006

Rahsia angka 13

Subject: FW:
Rahsia 13Assalamua'laikum wr wb......... ..
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
1 - Niat Sembahyang :Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari duniadan akhirat.
2 - Berdiri Betul :Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempatkita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram :Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur.
4 - Fatihah :Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' :Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal :Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsarketika didalam kubur.
7 - Sujud :Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud :Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 - Tahhiyat Akhir :Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakanoleh Munkar & Nankir didalam kubur.
11 - Selawat Nabi :Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam :Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib :Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A.W.bersabda :"
Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 danjuga Hari Jumaat.
Itulah sebab mengapa merekamencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu "FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"Wassalam.
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yangmemberi manafa'at kepada manusia lain...

Friday, November 10, 2006

Hujan

Hujan
Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita "Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..- Alahai, hujan laaagiiii- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni- Payah nak buat apa2 kalau hujan- Tak boleh balik lagi, hujan!
Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa :
"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).Hakikatnya, hujan itu rahmat."
Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan.
Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)
Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan
Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.
Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.
Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.
Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik..
Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.Lihatlah firman Allah yg bermaksud :"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)Semoga ada iktibar untuk peringatan kita."Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

Thursday, November 09, 2006

Tahukah anda..


Tahukah Anda...

1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataanitu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalamfilem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh FedericoFellini pada tahun 1960. Dalam bahasa Melayupula, ayah kepada seorang budak yang bernamaRazzi juga boleh dikenali dengan nama papaRazzi.
2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telahdicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
4. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liardiasaskan oleh Richard Martin dari Ireland padatahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yangditujukan khas buat pemain, peminat sertapersatuan2 bolasepak amnya pula dinyanyikanoleh Ricky Martin.
5. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakanoleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusiadan Sepanyol. ianya akan bertambah me njaditujuh bahasa jika ada perwakilan yangmenggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat.(bahasa yang ke tujuh hanya biasa digunakanroom dot dot dot)
6. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak samabesar kerana sebelah adalah kaki kanan dansebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudahtidak sama jadi tentunya besarnya juga tidaksama.
7. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yangjuga digelar besi berani. Sebagaimana namanyamagnet ialah besi yang berani menarik butir-butirbesi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yangdiupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
8. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornyaapabila diganggu. Apabila cicak menyedari yangdia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskanekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagiatas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akandiekori lagi.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang kesarangnya walaupun telah keluar kadangkalahingga beribu kilometer daripa da sarangnya tanpasesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas.Ini kerana setiap sarang burung mempunyaialamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dantempeleng adalah hampir sama walaupun iaberbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi,walaubagaimanapun orang yang kena tempelengmasih boleh memakan lempeng apabila dia berasalapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tigaratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup.Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik dirumah kita tidak akan aktif jika tidak membayarbilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisahlangsung tentang wang ringgit, pangkat,kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tokguru ilmu kebal, ahlak kereta kebal adalah lebihbaik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapitak pernah membanggakan diri dan riak akankekebalannya.
14. T ahukah Anda ahli sains seluruh duniabersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar,perut kita akan mengalami satu tindakbalas yangberupa kekenyangan. Nasi ayam juga bolehdigunakan sebagai ubat untuk menggembirakanhati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanjaoleh kawan kita.
15. Tahukah Anda....... tahukah anda..........tahukah anda.......... walaupun hidup beribu tahunkalau tak sembahyang tak ada gunanya.

Sunday, November 05, 2006

Lelaki???

Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya adalah seperti berikut :-

lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya

lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik dapat pahala dan kalau buat tak baik, dosanya ditanggung oleh suaminya

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian, nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki cepat mati kerana tidak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh ALLAH S.W.T. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu, kena jadi perempuan

Wanita
Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki
Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar tumah
Wanita saksinya kurang berbanding lelaki
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki

Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak
Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya (taat kepada ibunya)
Talak terletak di tangan suami
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki
Pernahkan kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tatapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukai dengan 4 syarat sahaja iaitu sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH....sayangnya ALLAH pada wanita.....kan

Saturday, November 04, 2006

Tak Logik

Untuk renungan bersama...
1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.
2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.
3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.
4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.
5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....
6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .
7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).
8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.
9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.
10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi.

Komen Anda???

Jam Dinding

Jam Dinding

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi.Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.
Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.
Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang.Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.
Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya,
"OOOO...patutlah tak jalan, drebarnya mati tershepittttt....!!"

Bodoh Sombong

LAWAK JENAKA:

Dah la bodoh.. sombong pulak tu...
Dua orang pemuda sedang menikmati makanan di sebuah Restoran, kerana menghadiri seminar Kebudayaan. Seorang Pemuda Bandar dan seorang wakil dari Pemuda orang Asli. Mari kita ikuti perbualan antara Pemuda Bandar dan Pemuda Orang Asli ini.
P.Asli : Orang Bandar kebanyakan semuanya pengotor!
P.Bandar : Eh ! kenapa pulak?
P.Asli : Yelah,1.orang bandar suka makan ayam kg, ayam kg suka makan taik manusia, 2. orang bandar suka makan lembu, lembu suka makan rumput yang tumbuh merata-rata bercampur dengan segala macam najis dan dipijak-pijak manusia. tengok kita Orang asli, makan semua jenis yang 'terbang' sahaja. jadi, kebersihannya terjamin. Contohnya; Orang Asli suka makan monyet, monyet makan buah-buahan,Orang Asli sukamakan Tupai, Tupai makan buah-buahan, Orang Asli suka makan burung, Burung pun suka makan buah-buahan.
P.Bandar : Panas jugak rasa hati ni. Lalu berfikir macamana nak kenakan Pemuda Asli yg angkuh itu.Lalu Pemuda Bandar pun bertanya,"Oh! orang-orang awak suka makan jenis yg 'terbang' ajelah ye..? Kalau macam tu 'HELIKOPTER' makan tak?".
P.Asli : Terbang tak?
P.Bandar : Oh terbang....
P.Asli : Makan sikit-sikit!

Moral of the story : Kalau dah bodoh jangan sombong

Lawak Jenaka

LAWAK JENAKA: Pak Pandir buat lawak lagi....

Pak Pandir dan Wartawan
satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir.
Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe. Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami... 5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini... dengan apa Pak Pandir tandakan? tanya wartawan.... dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir.

Pak Pandir dan Ikan Keli
Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.Pak Pandir Dan PolisPak Pandir: Selamat pagi tuan.Polis: Selamat pagi.Polis: Apa hal.Pak Pandir: Saya nak buat repot tuan.Polis: Fasal apa tu.Pak Pandir: Kawan saya di baham harimau.Polis: Pukul berapa.Pak Pandir: Dia tak pukul, dia terkam.Polis: Habis?Pak Pandir: Tak habis, tinggal kepala