Blog tidak menyentuh mana-mana isu perkauman, politik,agama dan sebagainya. Terpulang kepada anda untuk menilainya..terima kasih. Sebarang cadangan @ pandangan boleh emelkan ke alkelantani@gmail.com
Tuesday, April 24, 2012
The Unusual Design of Dishes
Jenis-jenis Boss
Hidup bekerja makan gaji memang tak dapat lari dengan
perangai boss. Selagi kita bekerja dengan orang lain selagi tu la kita ada
boss. Kalau jadi CEO pun ada boss jugak, pemegang saham la bossnya.
Lain la kalau kita ada bisnes sendiri, kitalah yang jadi bossnya.
Macam-macam jenis boss ada. Ada
yang ok tak kurang jugak yang tak ok. Selalunya yang tak ok tu jer yang kita
nampak. Yang ok tu kita buat-buat tak nampak. Biasalah manusia.
Boss jenis "yes boss"
Boss jenis macam ni letih kita dibuatnya. Mana taknya, apa yang
boss dia suruh, apa yang boss besar kata, CONFIRM dia akan kata "yes
boss" walaupun benda tu tak betul. Yang buat kerjanya kita. DIa senang la,
cakap "yes boss' lepas tu yang kena pulun buat kerja kitalah. Yang buat
lagi boring, arahan yang dia "yes boss" kan tu semuanya merapu,
mengarut, membazir dan takde makna.
Boss jenis tak percaya anak buah
Confirm letih. Mana taknya gila tak percaya tahap gaban punya. Benda-benda
kecik pun nak disemaknya satu-satu. Kadang-kadang tu ada yang jenis duduk
sebelah kita tengok kita buat kerja macam mana. Perghh stress....
Boss jenis manjang nak cepat
Memanglah kerja tu kadang-kadang nak cepat siap. Tapi lemas kalau
kerja dengan boss jenis ni. Baru je bagi kerja, tak sampai 2 minit tanya kita
dah siap belum? Lepas tu dia dok tanya-tanya sampai la kita siap kerja tu. Kot
ya pun bagi la masa sikit. Kalau kerja yang perlu analysis etc. tak akan la
seminit dua dah siap.
Boss yang kita tak faham apa yang dia nak
Haaa... bos yang jenis ni memang banyak. Bila time bagi kerja kat
kita seolah-olah dia bagi freedom la kononnya You buatlah macamana you rasa
elok. Waa macam ok jer bunyinya. Tapi bila kita tunjuk output kat dia, haa
macam-macam la katanya. Bukan macam ni yang I nak. Ah sudah! cakap je la
awal-awal yang macamana yang dia nak.
Boss jenis tak konsisten
Boss jenis ni memang letih kita. Memang tahan sabar je la. Suruh buat
macam ni, jumpa dia sekali dia ubah lak tang lain. Jumpa dia lepas tu lain
pulak yang disuruhnya. Aaaa kacau Boss macam ni elok dikurangkan aje berjumpa
dengan dia. Baru aman hidup kita. Setiap kali jumpa, setiap kali dia ubah
arahan dia.
Boss jenis yang elok dia dapat nama, yang tak
elok?
Boss jenis ni pun ramai. Jenis nak selamatkan diri dia jer. Bila
ada salah, kena tegur dengan orang atas, dia channel kat kita. Haa tu la you
patutnya buat macam ni, bukan macam tu. Padahal semua yang kita buat semua dia
dah approve. Ini jenis bos yang nak lari daripada tanggungjawab. Mati hidup
balik dia tak kan
pikul tanggungjawab dia. Yang elok atau dapat pujian memang dia yang kaut
semua. Bab-bab negatif ni semua dia tala kat kita. Silap-silap depan boss besar
dia tala kita. Bestt kan
....
Boss yang kerja tak buat tapi mengampu kuat
Boss yang macam ni kalau ikut kata dia, kerja biar strategik.
Strategik tengkorak dia... Kalau dah kita jer yang asyik pulun. Dia lepas
tangan terus, sibuk duk pulun kayu golf dengan orang2 besar. Orang macam ni
memang cepat naik pangkat sebab dia pandai ampu boss besar. Yang dok pulun
kerja tak mengampu hmmm.... duduk la kerusi yang sama sampai ke tua.
Boss yang tak nak dengar pendapat orang lain.
Mentang-mentanglah dia boss. Bila dalam meeting tu serupa takde
meeting la. Orang start bagi pendapat, dia cantas. Penghabisnya meeting tu
semua pendapat dia la yang betul. Orang lain ni pakat cukup syarat jer datang
meeting. Dia nak suruh orang dengar dia bercakap, tu jer matlamat dia.
Monday, April 16, 2012
10 Jenis pekerja. Anda yang mana?
1.
Taichi
Asyik passing kerja kepada orang lain. Konsepnya menepis segala kerja yang datang kepada orang lain. Asal ada unsur-unsur sales, terus forwardkan email ke ketua Sales and Marketing, ada cerita pasal pekerja je… terus passing memo tu kepada HR department…etc.
2. Boxing
Single tasking (ada ke phrase ni?). Mana pernah peninju berlawan pakai kaki, siku, lutut, kepala. Mereka cuma reti genggam tangan dan tumbuk lawan. Pekerja-pekerja sebegini selalunya akan jadi kucing hilang anak bila dapat bebanan kerja lebih sikit. Kalau minta tolong print document sambil jawap telefon pun dia akan melatah.
3. Silat Pulut
Before start any works, dia punya bunga-bunga punyalah lama. Macam-macam gaya , macam-macam persediaan. Nampak cantik tapi buahnya takde. Kalau nak showcase boleh lah.
4. Samurai dan Cowboy
Apa persamaan samurai dan cowboy? Kedua-duanya pandai main senjata… actually both terlalu bergantung kepada senjata. Golongan pekerja sebeginilah yang akan mati kutu kalau equipment rosak atau internet line down. Mereka terlalu mengharapkan machine to do their works.
5. Kungfu Bruce Lee
Hampir sama seperti silat pulut, cuma kalau kita familiar dengan filem-filem Bruce Lee, before and after dia menyerang lawan mulut dia tak reti duduk diam. Wataaa…! Wachaaaa….! Dan macam-macam bunyi lagi. Ramai juga pekerja yang macam ni, sebelum start satu-satu projek dia punya sembang melangit… dah siap project pun dia still let everybody knows dia punya contribution.
6. Ninja
Betul-betul berlawanan dengan Kungfu Bruce Lee, pekerja-pekerja bersifat ninja ni low profile. Kadang-kadang tu terlalu low profile sehingga kita nak cari dia pun susah. 9 pagi still breakfast, datang kejap lepas tu… then …Zasss.. ilang pergi lunch. Datang semula office, pastu dah menyelinap pergi minum petang… arrange meeting kat luar, terus balik rumah. Senang cerita, kaki ngular.
7. Rambo
Berlagak hero. Semua benda dia nak buat. Kononnya dunia ni berputar disekeliling dia sahaja. Kalau berjaya takpe juga, kadang-kadang tu berlagak hero… tapi bila last minutes, kelam kabut minta pertolongan kawan-kawan.
8. Kungfu Jackie Chan
Setiap filem Jackie Chan akan ada satu persamaan. Tak kira macam-mana jalan cerita, di mana kejadian tu, siapa pelakonnya… scene gaduh mesti tak serious. Mesti banyak adegan-adegan lucu yang diselitkan. Ramai juga pekerja yang bersifat sebegini. Kononnya taknak tension, so semua pekerjaan tak ambil serious.
9. Street Fighter
Ini pekerja yang tidak tahu ikut procedure. Maybe kerja akan beres, semua setel, tapi bila suruh prepare handover document contohnya, dia akan pening kepala. Suruh submit borang claim, hantar progress report, follow SOP, ikut method statement…etc, semuanya dia tak suka buat. Dia nak buat kerja mengikut cara dia sahaja.
10. WWE Wrestling
Bukan wrestling yang dipertandingkan di Sukan Olimpik tapi referring to wrestling yang diletakkan di bawah Entertaiment TV Guide, bukan kategori Sport. Pekerja yang ada sifat WWE Wrestling ni kita tengok mereka memang rajin kerja. Datang awal, balik tengah malam, kerja bertimbun atas meja, nampak macam busy gila. Tapi… as we all know, semuanya lakonan semata-mata.

Friday, April 13, 2012
Thursday, April 12, 2012
Tuesday, April 10, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)