Wednesday, March 21, 2012

Tembikai tak semestinya bulat

Tembikai segi empat atau kiub mungkin kedengaran agak pelik bagi anda, tetapi tidak bagi penduduk Jepun. Petani di Jepun sudah biasa membesarkan tembikai dengan cara seperti ini! Kira-kira 20 tahun yang lalu, seorang petani di wilayah Kagawa, Jepun telah mencipta cara supaya tembikai berbentuk kiub mudah dimasukkan ke dalam peti sejuk. Tembikai kiub tidak begitu banyak dituai antara 800biji ke 1,000biji setiap musim. Harga kebisaanya terus meningkat kepada 12,000 yen atau bersamaan 450 ringgit!




Sunday, March 18, 2012

Kesan Tsunami Masjid Rahmatullah, Aceh

Kesan Tsunami di dalam Masjid Rahmatullah, Pantai Lok Ngha Banda Aceh

Berkhemah Depan ATM Yang Rosak

 
Mr. Mao, seorang pekerja kebersihan di Shenzhen China, memasukkan 7,000 yuan (sekitar RM 3,500) wang hasil kerja kerasnya ke ATM tetapi mesin mengeluarkan semula kad dan dipaparkan diskrin dengan "Out of Order".
 
Dia kemudian menyemak akaun banknya di ATM yang lain di sebelah kanan dan mendapati bahawa wang belum dimasukkan ke akaunnya.
 
Mao, tidak akan membiarkan orang lain untuk mengambil wang lalu menghubungi keluarganya dan meminta mereka membawanya tempat tidur mudah alih dan meja di mana dia kemudian berkhemah di depan ATM sepanjang malam sampai bank dibuka keesokannya.
 
Keesokan paginya, pekerja bank memeriksa dan mendapati mesin tersebut rosak dan mengembalikan wang Mao