Sunday, November 30, 2008

Periksa kesihatan anda!!!

Tanda2 dan penyakit

1. MATA.
Bertindak balas dengan keadaan hati.
i) Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak . Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG.
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selsema
a. Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
b. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sebu
a. Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iv) Batuk
a. Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.Biasanya kahak pekat keluar setepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

3. KERONGKONG
i) Kerongkong kering . Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong . Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

4. BIBIR .
Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin. c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah Perut mengandungi banyak bahan toksin.

5. MULUT DAN LIDAH
Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk. Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

6. TELINGA
Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

B. KULIT
1. PELUH
i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

2. RUAM DAN BISUL
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

3. KULIT GATAL DENGAN RUAM
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

4. KULIT PECAH DAN BERAIR
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

5. RAMBUT GUGUR
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

C. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

1. SENDI SAKIT
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas . Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras&fungsi metabolisme tdk seimbang.

2. KEBAS TANGAN.
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

3. KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN.
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

4. KEBAS KAKI.
Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

5. SAKIT TAPAK KAKI.
Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

6. SAKIT TUMIT KAKI.
Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

7. RASA PANAS DI TAPAK KAKI.
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

8. GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI.
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

2. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA .
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

1. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

2. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk) . Menunjukkan penyakit tekanan darah
tinggi atau tekanan darah.

3. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
Menandakan penyakit migrain.

4. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku.Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

5. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

B. MULUT/KERONGKONG
1. LOYA/MUNTAH .
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

2. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

3. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK .
Tanda sakit jantung.
4. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

C. KENCING
1. KENCING KERAP
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.

2. AIR KENCING BERKAPUR
Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

3. AIR KENCING BERMINYAK
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.



4. AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT
Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

5. AIR KENCING BERDARAH
Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

D. BUANG AIR BESAR

1. CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR
Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

2. SEMBELIT
Membersihkan toksin dari usus kecil.

3. NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

4. NAJIS BERWARNA HITAM
Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sdg berlaku.

E. TINDAK BALAS BADAN
1. BADAN RASA SAKIT
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang
berkaitan dengan organ- organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.



2. BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH .
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan.

3. BADAN TERASA PANAS.
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

4. BADAN TERASA RINGAN
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

F. TINDAK BALAS EMOSI
1. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

2. CEPAT NAIK DARAH/MARAH
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

3. RASA BIMBANG DAN TAKUT
Sistem paru-paru yang lemah.

4. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

5. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL
Sistem penghadaman yang lemah.

Monday, November 24, 2008

Lima= Five

LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN
Dari Hatim Al-Asom :
"Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat" , maka ia termasuk sunnah Rasulullah SAW
1. Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.
2. Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.
3. Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
4. Membayar hutang, bila telah sampai masanya.
5. Bertaubat dari dosa! , bila ia telah melakukannya.


LIMA PESANAN DARI SYAIKH AL-BALKHI
"Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan :
1. Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.
2. Ambillah apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.
3. Lakukanlah maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya.
4. Persiapkanlah bekal didunia untuk selama kamu tinggal didalam kubur.
5. Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal didalamnya."


HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA
Dari Sufyan Sauri : "Tiada berkumpul harta disisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul didalam dirinya lima perkara :
1. Panjang angan-angan.
2. Sentiasa tamak.
3. Sangat kedekut.
4. Berkurang waraknya.
5. Lupa kepada akhirat.

Monday, November 17, 2008

Rama-rama dan cinta Lelaki

Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki...untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang."

Wahai wanita, anda adalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda yang bernama wanita. Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul. Para lelaki yang mendiami bumi ini akan ketandusan kasih. Dunia pasti tidak menarik untuk didiami. Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman dan perbuatan2 'sampai hati' sesama sendiri

Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yang mengindahkan lagi alam. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama. Namun anda yang bernama wanita, mengapa ramai sekali yang sengaja merosakkan diri di tengah2 kebuasan lelaki.

Memang keinginan untuk berteman fitrah insan, tapi tak usah mangsakan diri anda untuk lelaki yang kurang perasaan. Tamsilkanlah diri anda sebagaimana rama-rama. Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahannya apabila ia disentuh.

Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan, tiada siapa akan pedulikannya lagi. Memang ramai wanita berasa bangga apabila ia digilai ramai lelaki. Tapi wahai wanita, sayap anda yang indah itu pasti luntur sedikit demi sedikit, melekat dijari lelaki tatkala dia menyentuh anda, sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya kejari anda tatkala anda menyentuh serangga yang kecil itu.

Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah anda tidak berasa apa-apa yang hilang?

Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa-apa biar berapa ramai wanita yang berada disekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yang tidak berhak hinggap di tubuh anda.

Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yang asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi.

Lihatlah kehidupan dari sudut yang begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yang hanya ingin mencalitkan noda keatas diri anda. Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua2 belah sayap anda telah tiada.

Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yang hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yang menggilai hanya lelaki yang tidak tahu diri.

Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yang tahunya melihat anda sebagai 'alat'. Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit di mata seorang lelaki yang jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana-mana. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yang salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yang menerjah api. WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA yang MENENTUKAN...

Thursday, November 13, 2008

Rahsia Lahir Lelaki Dalam Bulan Islam

Muharram
Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi ***** jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.

RabiulAwal
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.

RabiulAkhir
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. bu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


JamadilAwal
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang ***** atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .

JamadilAkhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .

Syaaban
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki .

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Zulhijah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan.

-Dr. sape tah.lupe..tapi ni berdasarkan research-
Sekadar renungan.jgn percaya 100%.semuanya ketentuan Ilahi.

thanks to:
http://tansreemaxx.blogspot.com/2008_10_01_archive.html