Monday, April 28, 2008

10 THINGS YOU SHOULD KNOW ABOUT A KELANTANESE

1. Kelantanese use a proper Malay word.
Tidak seperti negeri-negeri lain di malaysia, orang kelantan tidak merosakkan perkataan yang terdapat didalam bahasa melayu standard. seperti contoh:

Ulau - Melaka
Ulaq - Kedah
Ulor - Johor
Ular - Kelantan ( ooo-laaa)

dan banyak lagi...

2. Kelantanese don't 'cakap kelantan'.
Orang kelantan tidak cakap kelantan, mereka 'kechek kelate'. Bahasa kelantan mungkin merupakan bahasa yang paling sukar untuk difahami diantara kebanyakkan dialek yang ada di malaysia (selepas bahasa sarawak, dan sabah).

Bahasa kelantan tidak menggunakan imbuhan dihadapan sesuatu perkataan tetapi lebih kepada menggunakan sabdu, dan ayat didalam bahasa kelantan tidak dimatikan dihujungnya. contoh:

betina - tino (Ttee-nor)
berjalan - jale (Jjaa-ley)
bermain - maing (Mmaa-eng)
perbualan - buale (Bbua- ley)
pemerintahan - meritohe (Mme-ghi-toh-he)

contoh ayat:

"Toksoh buak peghanga po kegho, tokleh napok Ttino lalu" - Tak usah buat perangai serupa kera, tak boleh nampak perempuan lalu

"Maghi kito gi Jjale ghumoh pok peng, che buleh duik Ghhayo" - Mari kita pergi berjalan rumah pak arifin, ada 'chance' boleh duit raya

3. Kelantanese have their own currency.
Mungkin ramai yang tidak tahu tapi orang kelantan tidak menggunakan matawang RM atau ringgit malaysia. Mereka mempunya matawang mereka sendiri iaitu Riyal atau sebutan nya lebih berbunyi 'ghiya'. Walaupun 'ghiya' kelantan tidak diniagakan di pasaran antarabangsa dan exchange rate antara 'ghiya' dan RM adalah sama, malah wang yang digunakan adalah sama. Tetapi Ringgit adalah lebih kecil sekiranya digunakan di kelantan. Contoh:

Situasi seseorang menggunakan Ringgit di pasar Siti Khadijah Kota Bharu:

"Makcik, sayur ni berapa ringgit selonggok?"
"oohh, sayur kakung nih 2 Ringgik selonggok"

Situasi yang sama, tetapi menggunakan 'ghiya'

"Mokcik, sayur kakung nih brapo ghiya slonggok ..?"
"slonggok tigo amah*, kalu nok ambik duo longgok, 2
ghiya"

perhatikan harga selonggok kangkung meningkat 50 sen dari harga dalam 'ghiya', malah dijualnya pulak dengan harga 2 longgok 2 'ghiya' (atau 2 ringgit)

4. Kelantanese and 'Budu'
Orang kelantan yang tipikal, amat gemar memakan budu dan ulam. Budu merupakan lebih dari sos untuk menyedapkan makanan, applikasi budu didalam makanan tiba ketahap ianya dijadikan kuah bagi mereka yang berdarah kelantan tulin.

contoh:
saiful: "aduh nampak gaya makan nasi ngan ikan rebus jelah kita malam ni" (sambil berwajah sedih) shazmin: "perrgghh, ni kalau ada budu ngan limau nipis, kena pulak ulam raja..." (sambil meleleh air liur)

So, kita dapat tahu dari situasi ini, shazmin adalah orang kelantan. (pergghh... budu ngan ulam raja)

5. Kelantanese are soft.
Orang kelantan adalah terkenal dengan sifat lembut mereka. Sifat sederhana dan pemalu merupakan sifat yang paling jelas. Tetapi sekiranya mereka berada didalam kelompok yang mereka berasa selesa, mereka merupakan orang paling friendly dan kuat berseloka.

6. Kelantanese doesn't hold to 'adat' rules.
Bagi mereka yang tidak tahu, orang kelantan merupakan masyarakat yang paling mudah dibandingkan dengan masyarakat dinegeri lain apabila masuk kedalam bab adat resam dan perkahwinan. Ini adalah mereka kurang atau hampir tidak berpegang kepada sebarang adat. Tidak seperti masyarakat di Negeri Sembilan yang kuat dengan Adat Pepatih dan berbagai-bagai lagi adat-adat di malaysia. Orang kelantan lebih kepada memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan didalam islam.

Masyarakat kelantan tidak ada pantun (minang), bayar tol (bagi orang johor), bersanding, kenduri 3 hari 3 malam, pulut kuning dan sebagainya. Ia bergantung kepada pasangan pengantin dan keluarga sekiranya ingin mengadakan adat-adat berikut tetapi ianya adalah tidak wajib, dan masyarakat kelantan kebanyakkan lebih gemar kepada kesederhanaan. Ayat yang biasa didengari adalah:

"buak gapo buak bendo-bendo lagu tuh, Bbazir pitih"
(buat apa nak buat benda-benda macam tuh, membazir duit) . Jika ada yang ingin mencari bakal isteri, bolehlah cari orang kelantan.

7. Kelantanese and Nik Aziz
Orang kelantan lebih gemar dikenali sebagai anak murid Nik Aziz. Orang kelantan tidak melihat Nik Aziz sebagai menteri besar tetapi lebih kepada seorang tuan guru. Ini adalah kerana tuan guru Nik Aziz sendiri adalah seorang guru agama dan masyarakat kelantan menghormati beliau lebih sebagai seorang guru agama lebih daripada seorang menteri besar.

8. Moon Kite (wau bulan)
Wau bulan merupakan permainan traditional orang kelantan, tetapi lebih kepada mereka yang tinggal di pesisiran pantai. Ini adalah kerana angin yang kuat dan dahulunya ketika angin kuat mereka tidak boleh pergi menangkap ikan oleh itu mereka mengisi masa lapang dengan bermain wau.

9. Wayang kulit
Masyarakat kelantan merupakan pelopor didalam bidang perfileman, sebelum wujudnya Tanjong Golden Village (TGV) dan Golden Screen Cinema (GSC) masyarakat kelantan sudah lama ada Ketereh Village Cinema (KVC) dan Kedai Lalat Village Cinema. Malah wayang kulit terdapat dimana-mana kampung di kelantan (sebab itu kota bharu tak ada panggung wayang).

10. Thailand (golok)
Orang kelantan gemar membeli-belah di golok, ini adalah terdapat bermacam-macam barangan yang boleh didapati di golok, dari baju-baju, barangan elektrik, barangan dapur hingga ke mercun boleh didapati di golok. Oleh itu orang kelantan tidak memerlukan shopping complex yang besar-besar seperti di negeri-negeri lain yang hanya akan menimbulkan masalah jalan raya, dan menjadi tempat muda-mudi berpeleseran. Di golok, kanak-kanak, remaja, makcik-makcik dan nenek-nenek semuanya boleh membeli belah bersama-sama.

balajar tatabahasa Kelate:

1) Biasanya perkataan yang berakhir dengan`an','am','ang' diganti dengan
Jangan = jange
Lengan = lenge
ayam = aye
Geran = gere,
Pisang = pise

2) perkataan yang berakhir dengan 'a','o','e' biasanya (bukan semestinya) diganti dengan 'o'
(dan 'o' disini seperti sebutan dalam 'sore' dan 'roar' dalam bahasa Inggeris, bukannya seperti 'sow' dan 'row'
Buka = buko
mana = mano
baka = bako

3) peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan
boleh membezakan langit dengan bumi. Sekadar contoh,

MAKE KETENG = MAKAN KANTIN (patah gigi karang)
MAKE KKETENG = MAKAN DI KANTIN

TOK PAKA = TAK PAKAI
TOK PPAKA = TAK BOLEH PAKAI/TAK BERGUNA

KECEK = PUJUK
KKECEK = BERCAKAP

MAYE SEJID = SOLAT MASJID (solat tahiyyat masjid adalah, solat masjid takde!)
MAYE SSEJID = SOLAT DI MASJID

4) Ada beberapa "bunga bahasa" dalam loghat kelantan yang unik..
Antaranya:
YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"
DEH? = memohon restu atau persetujuan...lebih kurang "OK?",
GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."
PAH? = lebih kurang "GAK"
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau "yes"
DOCK? = lebih kurang "bukan?", "betul tak?" atau "isn't it?"
LAMOKE = nanti kan

5) Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:
manis LLETING = sangat manis
masing PPEGHAK = sangat masin
pahit LLEPE = sangat
mase PPUGHIK = sangat masam
tawa EBER = sangat tawar
putih SSUEH/SSEMBO = sangat putih
hite LLEGE = sangat hitam
biru KKETU = sangat biru
kuning NNEHE = sangat kuning
kenye BBONYAH = sangat kenyang
comel LLOTE = sangat cantik
gemuk DDEBOK = sangat gemuk
busuk BBANGA = sangat busuk
hapok KOHONG = sangat hapak
nnakut APAH = penakut sangat
ceghoh JEGHILOH/BBOLE = sangat terang
jatuh CELABOK = jatuh sangat teruk
kuca HANYA = sangat bercelaru

ISTILAH KELANTAN YANG BIASANYA ORANG SALAH FAHAM:
selalu = terus (cth: wak selalu = buat terus)
rajin = pernah (cth: rajin gi nara = pernah pergi narathiwat)
buje(bujang) = janda (bukannya dara/teruna)
kote = kering (kitorang bukan mencarut bila sebut perkataan ni, cth: nyo kote = kelapa takde air)
patat = dasar (pun bunyi macam mencarut tapi bukan, cth: patat sunga = dasar sungai, patat koli = lempeng)
tuak = air nira fresh (bukan tuak sarawak, yang ni tak mabuk)
gedut = kecik (bukan gendut/gemuk, cth: bah gedut = bas mini, selua kaki gedut = seluar carrot-cut)

so, lepas ni kalau ada terdengar ada orang sebut istilah ni... jangan lagi salah faham...

Kali Arung - Sekaligus
Air Geh - Air Berkabonat
Jauh Sapok - Teramatlah Jauhnya
Panah Terik - Panas Yang Teramat Sangat
Comel Lote - Comel Yang Amat
Sejuk Ketta - Sejuk Yg Sangat?
Ite Lettung - Tersangatlah Hitamnya
Punoh Jahne - Rosak
Gura Bewok - Gurauan Yang Menyebabkn Pergaduhan
Taik Aye Muna - Tahi Ayam Yang Masih Hangat
Kona Lepe - Corner Lipat
Kelecak - Terpelanting
Nakuk Paik - Penakut Yang Amat Tinggi
Lonjong - Tinggi Sangat
Tinggi Nya - Yuk Sama Macam Di Atas
Masing Pekkok - Teramat Masin
Nipih Nayyang - Sangat Nipis
Maknga - Cuai
Babei - Degil
Jabir / Supek - Plastic Bag
Koghok - Tengkorak
Kehek - Muntahkan Semula
Puahsang - Boring
Meppeh - Tak Larat
Kepeh Blepeng - Sangat Kempis
keghah kekong = keras yg teramat
koho/selo = perlahan/slow
kettuk heghek = kentut tarik
blana kokna = banyak yang amat
samah = 50 sen
duo amah = singgit

kekoh = gigit
toksoh = jangan / tak usah
bakpo = kenapa
guano / belah mano = macam mana
gapo / gapo dio = apa / apa dia
ghoyak = bgtau
blago = berlanggar
mokte = rambutan
woh kekoh caa = kuih buah melaka
ccongek = tejungkit
kupik hangik = kedekut nak mampos
woh tteghe = buah gajus
nnetting = melantun
deghah = deras / laju
manih letting = manis yg amat
pok-e-dèng = pepatung

* bagi perkataan yang mempunyai huruf double sila baca dengan shaddah (sabdu)

cintailah bahasa kita

www.shukur.org

Sunday, April 27, 2008

RAHSIA DAHI

Rahsia tetap rahsia??eh.. .tidak semestinya ,tidak semua rahsia tetap
akan
menjadi rahsia selamanya... .kor ang nak kenal lebih rapat dengan si
dia y ang
menjadi pujaan hati kor ang selama ini?Tenung, kaji & amati si dia
betul
betul kerana kita akan bongkar rahsia dia menerusi dahi!!!

DAHI LEBAR....... .
Ciri2:saiz dahi XL, lap ang lagi luas mata memand ang .
Faktor2 Best:Tidak suka 'port' tent ang hal peribadi or ang
lain,berjimat cermat.
Faktor2 kur ang : Sering disalah anggap sombong kerana berat mulut
untuk memulakan bicara.

DAHI DENGAN JUNTAIAN ANAK RAMBUT.....
Ciri2: rambut terjuntai seolah menetupi dahi
Faktor2 Best: pemurah dari segi tenaga , w ang ringgit @ apa saja.
Faktor2 kur ang : Mudah cair dengan pujuk rayu, sering diambil
kesempatan.

DAHI BENTUK HATI.......
Ciri2: Bentuk seakan huruf 'M'
Faktor2 Best: murah rezeki, kreatif keran asuka berfikir dan
berimaginasi.
Faktor2 Kur ang : Tidak suka pegang tanggungjawab, tidak pandai simpan
rahsia

DAHI JENDOL...... ..
Ciri2: dahi menonjol. permukaan luas
Faktor2 Best: Bert ang gungjawab, rajin, aktif, cerdas lagi bijaksana
Faktor2 Kur ang : kur ang keyakinan pada diri sendiri .lagi satu kalau
bercinta,tak ingat dunia.

DAHI BERSEGI....
Ciri2 :Berbentuk seakan petak
Faktor2 Best: Tekun, rajin, mudah beri tumpuan terhadap sesuatu.
faktor2 kurang : dah lah tak pandai bersosial, pilih bulu lak tu

DAHI SEMPIT....
Ciri2 : Bersaiz S, penuh dengan anak rambut.
Faktor 2 Best: S ang at berdikari, tidak mudah putus asa ,cerdik.
faktor2 kur ang : yang nie tak banyak kelemahan... .sukar mencari
pasangan
hidup.

Terbongkarlah satu rahsia disebalik dahi, nampak gayanya, lepas nie
kenalah
cover sikit kalau nak keluar, nanti or ang tahu lak rahsia kita!
apapun ini hanyalah hiburan semata mata y ang disampaikan dari mulut
ke mulut sejak berdekad lalu...

Saturday, April 26, 2008

WHY???

Why do we press harder on a remote control when we know the batteries are getting weak?
Why do banks charge a fee on "insufficient funds" when they know there is not enough?
Why does someone believe you when you say there are four billion stars, but check when you say the paint is wet?
Why doesn't glue stick to the bottle?
Why do they use sterilized needles for death by lethal injection?
Why doesn't Tarzan have a beard?
Why does Superman stop bullets with his chest, but ducks when you throw a revolver at him?
Why do Kamikaze pilots wear helmets?
Whose idea was it to put an "S" in the word "lisp"?
If people evolved from apes, why are there still apes?
Why is it that no matter what color bubble bath you use the bubbles are always white?
Is there ever a day that mattresses are not on sale?
Why do people constantly return to the refrigerator with hopes that something new to eat will have materialized?
Why do people keep running over a string a dozen times with their vacuum cleaner, then reach down, pick it up, examine it, then put it down to give the vacuum one more chance?
Why is it that no plastic bag will open from the end you first try?
How do those dead bugs get into those enclosed light fixtures?
Why is it that whenever you attempt to catch something that's falling off the table you always manages to knock something else over?
In winter why do we try to keep the house as warm as it was in summer when we complained about the heat?
How come you never hear father-in-law jokes?
If at first you don't succeed, shouldn't you try doing it like your wife told you to do it? And finally,

The statistics on sanity are that one out of every four persons is suffering from some sort of mental illness. Think of your three best friends, if they are okay, then...

Sunday, April 20, 2008

::FAMILY::

SATU KISAH UNTUK RENUNGAN

Kisah ini tak ada kena mengena dgn yg hidup atau mati

Seorang bapa pulang ke rumah dlm keadaan letih disambut oleh anak
Lelakinya yg berusia 7 tahun dimuka pintu. Anak: Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?
Ayah: "Ya...nak tanya apa?" Anak: "Berapa pendapatan ayah sejam?" Ayah: "Itu bukan urusan kamu, buat apa nak sibuk tanya?" si ayah mula menengking. Anak: "Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagitahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?" si anak mula merayu. Ayah: "20 ringgit sejam, kenapa nak tahu?" Anak: "Oh..." si anak menjawab sambil tunduk ke bawah. Kemudian
memandang wajah ayahnya sambil bertanya, "Ayah....boleh tak Amin nak pinjam 10 ringgit dari ayah?". Si Ayah mula menjadi berang dan berkata, " oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah, kamu nak buat apa nak mintak sampai 10 ringgit? nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan utk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik bilik dan tidur, dah
lewat dah ni..." Kanak-kanak 7 tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke bilik tidurnya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yg sekecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu. Didapati anaknya masih belum tidur. "Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah duit 10 ringgit ini", berkata si ayah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terimakasih banyak ayah", katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yg sudah renyuk. Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. "kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dan dari mana kamu dapat duit dibawah bantal itu?" jerkah si ayah. Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. "duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri tiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit dari ayah sebab duit yang Amin ada sekarang tidak cukup", jawab si anak perlahan. "Tak cukup untuk beli apa??", soal balik si ayah. "Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah.Amin nak ayah balik kerja awal besok. Amin rindu nak makan malam bersama ayah.jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

THE MORAL OF THIS STORY : -
Share this story with someone you like.... But even better, share $20
worth of time with someone you love. It's just a short reminder to all
of you working so hard in life.
We should not let time slip through our fingers without having spent
sometime with those who really matter to us, those close to our hearts.
If we die tomorrow, the company that we are working for could easily
replace us in a matter of days. But the family & friends we leave behind will
feel the loss for the rest of their lives. And come to think of it, we pour
ourselves more into work than to our family.
An unwise investment indeed!! So what is the moral of the story?
Don't work too hard...and you know what's the full word of FAMILY ?
F = FATHER
A = AND
M = MOTHER
I = I
L = LOVE
Y = YOU

DARAH

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh anda mampu menggambarkan personaliti sebenar diri anda sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?


DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan
sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja
berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang
demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak
dikuasai dengan tekanan.


DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekelilingmu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang
memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.


DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok
golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun
ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu
lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

info from:
http://www.shukur.org/

Friday, April 18, 2008

Lawak lagi...

Perompak

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri
yang sedang tidur nyeyak..Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan
senjata tajam ke arah si isteri....
Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh
membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang
menjadi korbanku."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."


Mesin penimbang doremon
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur
berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita
akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer.
Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah
memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"
Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52
kg!" Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan
montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM
1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang..
jangan ramai-ramai!"


JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri
di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia
terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah
mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa
membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu
pada ibunya.
"Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan.
Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai...
Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?"
Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!"


Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia
menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli
tempatan... Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu
kerana
dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2
tahu dan cuba menawarinya..
Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol..
Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu apa?"


Emak Saya
Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan
menyamar sebagai ibunya.
Salmah : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6
hijau?
Cikgu : Ya, saya.
Salmah : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana
sakit.
Cikgu : Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?
Salmah : Emak saya...


Pak Pandir ke Zoo
Suatu hari pak Pandir pergi ke zoo bersama anak kecilnya dengan membawa
kereta sorong. Sedang mereka asyik melihat binatang di situ, Pak Pandir
terasa hendak buang air besar.
Oleh kerana tiada sesiapa bersama mereka, Pak Pandir terpaksa
meninggalkan anak kecilnya di dalam kereta sorong itu bagi melepaskan
hajatnya yang sudah tak dapat ditahan-tahannya lagi.
Setelah selesai menunaikan hajatnya, Pak Pandir kembali kepada anaknya
di dalam kereta sorong itu.
"Hmmm...baik budak ni. Tak buat ragam pun." Pak Pandir pun terus
menyambung lawatan mereka dengan konfidennya di zoo itu. Setelah itu
mereka pun pulang ke rumah.
Sampai di rumah, dia terus mendapatkan Mak Andeh. "Baik betul anak kita
ni, langsung tak menyusahkan saya", Pak Pandir memberitahu Mak Andeh
dengan gembira. "Awak pergilah bawak dia mandi, mungkin dia nak berehat
agaknya".
Mak Andeh pun menurut kata Pak Pandir itu. Sedang Pak Pandir
berehat-rehat di ruang tamu, kedengaran Mak Andeh memanggil dari bilik
air. "Bang, kenapa anak kita ni penuh bulu satu badan?"
Jawab Pak Pandir, "Ooohhh....itu tak hairan. Tadi di zoo lagi dahsyat.
Saya lihat seekor gorila betina mendukung anaknya yang langsung tiada
bulu. Rupa anaknya pula tak ubah seperti muka anak kita!"

Thursday, April 17, 2008

muthu

About Muthu...

Interviewer: what is your birth date?
Muthu: 13th October
Interviewer: Which year?
Muthu: ...EVERY YEAR

Manager asked to Muthu at an interview: Can you spell a word that has more than 100 letters in it?
Muthu replyed: -P-O-S-T-B-O- X.

After returning back from a foreign trip,
Muthu asked his wife: Do I look like a foreigner?
Wife: No! Why?
Muthu: In London a lady asked me Are you a foreigner?

One tourist from U.S.A. asked to Muthu:
Any great man born in this village???
Muthu: no sir, only small Babies!!!

Lecturer: write a note on Gandhi Jayanthi
So Muthu writes, "Gandi was a great man, but I don't know who is Jayanthi.

Muthu was doing experiment with cockroach, first he cut it's one leg and told WALK . WALK . Cockroach walked. Then he cut it's second leg and told the same. Cockroach walked. Then cut the third leg and did the same. At last he cut it's fourth leg and ordered it walk! But cockroach didn't walk. Suddenly Muthu said loudly, "I found it. If we cut cockroach's fourth legs, it becomes
deaf.

On a political rally Muthu was arrested. Why??? A woman journalist walking with a badge wrote "PRESS" and He did it..

When Muthu was traveling with his wife in an auto, the driver adjusted mirror. Muthu shouted, "You are trying to see my wife? Sit back. I will drive.

Muthu went in a hotel. To wash hands he went to the washbasin. There he started washing the basin. Seeing this, the manager asked what was he doing. Muthu pointed towards the board "WASH BASIN "

Interviewer: just imagine your in 3 rd floor, it caught fire and how will you escape? Muthu: its simple. I will stop my imagination!!!

Thursday, April 03, 2008

Petua

Batuk Selsema - Sapukan sedikit kapur sirih yang dicampurkan dengan minyak kelapa, ke atas leher bahagian kerongkong dan juga batang hidung semasa selsema. Cara ini akan menambahkan keredaan, terutamanya untuk anak kecil.

Bengkak Gusi - Rebuskan lima helai daun jarak dengan semangkuk air bersih serta masukkan sesudu besar air kapur sirih hingga mendidih. Minum airnya apabila air telah dingin, sehingga hilang bengkak.

Bisul - Sapukan kapur sirih ke atas bisul yang tumbuh dibahagian tubuh. Amalkan setiap hari sehingga sembuh.

Bulu Ketiak - Sapukan kapur sirih di ketiak yang berbulu dan biarkan sehingga kering. Bulu ketiak akan menjadi mudah untuk dicabut walau dengan menggunakan tangan sahaja dan juga melambatkan proses pertumbuhannya.

Buntut Kawah - Lumurkan kapur sirih di buntut kawah atau periuk sebelum digunakan untuk memasak, terutama ketika menggunakan kayu api sebagai bahan bakar. Ia akan memudahkan kerja-kerja pembersihan selepas digunakan.

Cirit Birit - Beberapa helai daun jambu batu muda ramas bersama sedikit kapur sirih hingga lumat dan sapukan pada perut.

Dakwat - Sekiranya baju anda terkena dakwat pen, ambil sedikit kapur sirih, sedikit garam halus serta cuka, lecekkan ke atasnya, beruskan perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih, buat beberapa kali hingga kesan dakwat tersebut hilang, ia menjadikan proses pembersihan lebih mudah.

Getah Pisang - Jika tangan anda terkena getah pisang, sapukan kapur sirih ke atasnya dan biarkan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Gigitan Serangga - Campurkan sedikit kapur sirih dengan parutan ibu kunyit dan air, buatkan seperti krim. Tepekkan pepesan ditempat yang digigit serangga dan biarkan kering. Kesakitan akan reda dan menghilangkan bengkak.

Masalah Haid - Amalkan minum air teh dengan dicampurkan sedikit kapur sirih. Pusingan haid akan teratur.

Hanyir Ikan - Ambil sedikit kapur sirih dan larutkan ke dalam mangkuk yang berisi air, rendamkan ikan selama sepuluh atau limabelas minit sebelum dibilas bersih. Bau hanyir ikan akan hilang.

Ketiak Hitam - Air kapur sirih dan limau nipis dicampurkan serta gosokkan pada ketiak selepas mandi. Amalkan selama tujuh hari, ketiak tidak berbau dan kehitaman akan pudar.

Kurap - Asah ibu kunyit di buntut pasu dan campurkan sedikit kapur sirih. Sapukan air asahan pada kurap, lakukan beberapa hari hingga sembuh.

Kutil - Untuk menghilangkan kutil atau ketuat, ambil kapur, sedikit belerang dan air limau nipis buat kerim. Kikis sedikit kutil serta tepekkan ke atas kutil buat beberapa hari. Kutil akan tanggal dengan sendiri.

Kedut Rambut - Satu camca kapur sirih, satu camca kecil air limau nipis dan 20 titik minyak kayu putih atau segelas minyak kelapa hijau serta gaulkan. Sapukan adunan tersebut ke atas perut yang mengalami pecah-pecah selepas bersalin selama dua minggu berturut-turut.

Pancing Cicak - Untuk membunuh cicak yang berkeliaran di dinding dan siling rumah. Gentelkan kapur sirih seperti biji guli yang kecil, cacakkan di hujung lidi yang panjang dan agak keras serta hulurkan perlahan-lahan ke arah hadapan cicak. Apabila umpan telah disambar biarkan beberapa ketika, cicak akan jatuh dan mati.

Perut Buncit - Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu. Sapukan keperut setiap hari sehingga perut menjadi kempis.

Perut Gendut - Rendamkan kapur sirih ke dalam air yang telah dimasak dan kacau sehingga sebati. Ambil secawan air mendapan tersebut dan campurkan dengan air perahan sebiji limau nipis, amalkan minum waktu pagi selepas bangun dari tidur selama dua minggu berturut-turut. Gendut akan menjadi kempis.

Perut Lembu - Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya dengan bancuhan kapur sirih berserta rincikan daun pisang atau daun lalang. Lakukan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Selsema - Sapukan kapur sirih sebesar ibu jari tangan di atas limau nipis yang telah dibelah dua dan titiskan sedikit minyak kayu putih lalu dipanggangkan seketika. Perahkan adunan tersebut dengan menggunakan penyaring sebelum diminum.

Sengal Sendi - Daun kecubung dan kapur sirih digiling lumat. Pepeskan tempat bahagian anggota yang bengkak atau sendi yang sakit.

Tapal Perut - Campurkan kapur sirih, air limau nipis dan minyak urat (minyak digunakan untuk mengurut atau khas untuk wanita bersalin). Lumurkan sekeliling perut dan ikatkan bengkung selama 44 hari. Perut akan menjadi kecut.

Ulu Hati - Ambil limau nipis sebiji dan bacakan surah al-kauthar tiga atau tujuh kali dan belah limau itu serta sapukan kapur sirih pada keratannya. Sapukan adunan itu pada ulu hati dibahagian tengah dada.