Sunday, September 23, 2007

Pedang Intelektual Lebih Hebat daripada Senjata Canggih

Di kalangan masyarakat bukan Islam, soalan yang lazim dikemukakan ialah adakah Islam di peringkat dakwahnya disebarkan dengan kekerasan atau lebih disifatkan dengan menggunakan mata pedang?Pandangan sebegini timbul berdasarkan pembacaan bahan-bahan orientalis klasik dan moden, yang menyusup masuk ke dalam penerbitan-penerbitan ilmiah yang mudah di dapati di kedai-kedai buku di sekitar negara.Tanpa kefahaman asas yang tepat serta kekeliruan yang mempengaruhi pemikiran pembaca, dakwaan palsu ini dianggap satu fakta sejarah yang benar dan tidak boleh disanggah.
Tambahan, situasi dunia hari ini yang bergolak dan berhadapan dengan keganasan bersifat global, menjadikan Islam sasaran terbaik untuk dipersalahkan.Konsep jihad yang sinonim dengan ajaran Islam, dianggap sebagai moto atau laungan semangat umat Islam untuk melancarkan keganasan ke atas orang lain.Mengapa kekeliruan ini berlaku? Adakah kerana kita tidak berusaha menyampaikan mesej sebenar jihad kepada dunia, menjadikan istilah itu bersifat kekejaman atau kezaliman?Islam bersandarkan kepada satu pengertian yang indah, iaitu selamat, damai dan sejahtera.Ia juga membawa maksud menyerahkan diri kepada Allah s.w.t selaku Pencipta dan Pemelihara seluruh alam.Oleh yang demikian, Islam boleh disifatkan sebagai agama kedamaian. Realiti dunia hari ini membuktikan tidak semua manusia inginkan keamanan dan keharmonian.Wujud individu mahupun sebuah kuasa besar yang menggunakan segala mekanisme yang ada untuk menimbulkan kekacauan bagi memenuhi agenda mereka tersendiri.
Tidak dapat dinafikan, kadangkala kekerasan perlu untuk mengekalkan keamanan.Namun kekerasan yang melampau sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa mereka yang tidak bersalah dan kemusnahan harta benda secara besar-besaran dilarang sama sekali dalam ajaran Islam.Islam menggalakkan keamanan dan kedamaian. Dalam masa yang sama Islam menyeru para pengikutnya mempertahankan kedudukan agama dan nyawa sekiranya dicerobohi atau ditindas.Atas dasar ini, kadangkala kekerasan boleh menjadi alat agar tidak terus dizalimi tetapi ia menjadi alternatif terakhir untuk mengembalikan keadilan dan keamanan selepas tiada kata sepakat antara dua pihak.Dalam menjawab tuduhan orientalis serta mengungkai kekeliruan bahawa Islam disebarkan dengan kekerasan, sejarawan De Lacy O Lary menyatakan ``Sejarah jelas membuktikan dongengan yang mengatakan Fanatik Islam menyebarkan agama dengan mata pedang dihunus ke atas bangsa-bangsa lain, adalah satu dongengan yang memalukan para sejarawan yang mengulangi kisah karut-marut ini.'' (Buku Islam At The Cross Road, muka surat 8).
Pandangan beliau bersandarkan asas fakta sejarah Islam yang kukuh, di mana Islam telah memerintah Sepanyol selama 800 tahun dengan kebebasan agama diberikan kepada penganut-penganut agama Kristian ketika itu.Satu tempoh yang cukup lama membuktikan toleransi pemerintah Islam dan keadilan serta tanggungjawab melindungi rakyat di bawahnya tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.Dibandingkan selepas kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol kesan dari Perang Salib, azan yang menjadi salah satu simbol Islam tidak kedengaran di bumi Sepanyol.Di Arab Saudi, selama 1400 tahun, Islam menjadi agama rasmi dan diperintah oleh seorang Muslim.Namun begitu, di tanah Arab ini, masih wujud 14 juta Christian Coptic iaitu penganut Kristian yang mewarisinya melalui keturunan.Namun, sehingga hari ini kewujudan mereka di sana masih dapat dilihat.
Dengan mengandaikan Islam disebarkan melalui keganasan, sudah tentu tidak ada seorang Arab yang akan kekal menganuti ajaran Kristian yang diwarisinya.Para Orientalis tidak akan mampu memberi jawapan, dari manakah tentera-tentera Islam yang datang menjajah serta menakluk gugusan kepulauan Melayu, khususnya Malaysia dan Indonesia sehingga mempunyai populasi penganut Islam terbanyak di dunia.Islam jelas meletakkan satu sempadan ke atas para pengikutnya, bahawa tidak ada paksaan dalam beragama :``Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).``Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.'' (Al Baqarah: 256).Kejayaan Islam menawan jutaan hati manusia yang ikhlas dan inginkan ketenangan spiritual, lahir daripada pedang intelektual yang mampu menembusi akal yang rasional dan jiwa bersih yang fitrahnya sentiasa mencari Tuhan.
Kesannya lebih hebat daripada penggunaan ketenteraan mahupun persenjataan dunia yang semakin canggih.Firman Allah di dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud:``Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.Almanak Readers Digest 1986 memberikan statistik peningkatan jumlah penganut Islam dari tahun 1934 sehingga 1984 adalah sebanyak 235 peratus, satu peningkatan melebihi 100 peratus.Artikel yang sama turut muncul di majalah The Plain Truth. Timbul pertanyaan, peperangan manakah yang mengambil tempat sehingga berjuta-juta manusia memilih Islam?Di Amerika dan Eropah, Islam menjadi pilihan utama. Meskipun dilabel sebagai agama pengganas sebagaimana digambarkan oleh Pat Robertson dan Jerry Falwell, namun Islam masih mendahului.Kata-kata Dr Joseph Anderson memberi gambaran kehebatan Islam yang penuh kekuatan halimunan yang sukar dikesan oleh musuh-musuh, kekuatan intelektual:``Mereka yang bimbang pada suatu hari nanti kekuatan senjata nuklear ke atas tangan negara-negara Arab, gagal menyedari bom Islam telah digugurkan ke bumi, sejak kelahiran Muhammad.''

Wanita Disisi Lelaki

Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka.Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita...
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah membengkokkan.Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.~Sumber: www.hanan.com.my

Thursday, September 20, 2007

Tips agar tidak bosan dalam lif..

Tips agar tidak bosan di dalam lif

11 tips agar tidak bosan semasa di dalam lif:
1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..
2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!"
.3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.
4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat temujanji?
5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik...tik...tik...
6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.
7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, nanti pasti terbuka lagi!".
8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Udaranya cukup tidak disitu?"
9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.
10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.
11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah wilayah SAYA"

SELAMAT MENCUBA...

Bau Ketiak Lelaki..

Ada Sepecialnya Bau Ketiak LelakiBenarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yangdialami oleh wanita?Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusiadi University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sanamembuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekananmelancarkan perjalanan haid.
Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America
Sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja ” diproses”daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakansebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidungwanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya.Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itukemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanitaberumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalahbau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa merekasedang menguji satu aroma wangian tersebut.Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yangdi sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiaklelaki tersebut diukur.Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood,wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanitamenjadi kurang tegang…. di petik dari majalahPA&MA…Feb 2004…kalau tak caya…
So kengkawan kalau tengah strees tu …..bolehlah cium ketiak suami atauboyfriend.
Bagi kaum adam pulak ,simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.
Moral of the Story….
So kalau isteri dok tention tu…lepas balikriadah..calit sikit bau ketiak anda..yang masam tuinsyaallah mood diaok…….
ha..ha…ha…. selamat mencuba…& Kepada paraisteri jangan dok tension sangat…nanti kena cium bauketiak suami……..
Petikan dari email yahoo yg dipost oleh Mak Jah kite…

Kulit??

PROFESSOR PELUK ISLAM HANYA KERANA KAJIAN KULIT MANUSIA



azr writes "Professor Tagata Tagasone, Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand telah mengucap dua kalimah syahadah semasa Persidangan Perubatan Saudi Ke 8 di Riyadh.Dia telah mendapat hidayah apabila diketahui hasil kajian para saintis yang pakar dalam bidang kulit (dermatologi) telah lama diterangkan di dalam Al Quran lebih 1400 tahun yang lalu. Professor Tagasone begitu yakin adalah mustahil ayat Al Quran yang menceritakan secara terperinci mengenai sifat kulit manusiadatangnya daripada seorang manusia bernama Muhammad SAW. Lalu diberitahu kepada Professor Tagasone bahawa ayat Al Quran itu adalah ayat-ayat Allah SWT yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW.Apakah hasil kajian tersebut sehinggakan seorang saintis dermatologi yang hebat terasa begitu bodoh kerana kajiannya yang dianggap canggih telah terdapat dalam Al Quran?Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia ini terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan musnah. Maka manusia tidak akan merasa sakit lagi apabila sel-sel ini terbakar (tetapi manusia akan mati selepas itu).Jadi kalau di akhirat nanti apabila manusia dibakar dalam api neraka adakah mereka tidak akan merasa sakit, hanya sakit apabila dibakar kali pertama?Jawapannya ialah ayat Al Quran surah ke 4 , ayat ke 56 yang lebih kurang bermaksud :“Mereka yang menolak ayat-ayat Kami. Kami akan campakkan mereka dalam api; berkali-kali sehingga kulit mereka terbakar hangus. KAMI AKAN GANTI KULIT MEREKA DENGAN KULIT YANG BARU SUPAYA MEREKA MERASAKAN AZAB ; sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, MahaBijaksana”.Maka beruntunglah Professor Tagasone yang telah memeluk agama Islam dalam keadaan suci , bersih. Sesiapa yang tidak hendak menerima Islam dan mengamalkan segala apa yang terkandung di dalam Al Quran , maka Allah akan pilih orang lain untuk menerima hidayahNya.

Kenapa Aku Diuji

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216 KENAPA UJIAN SEBERAT INI? "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! "
... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12

renungan

Bayangkan benda ini berlaku pada anda... Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu". Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat". Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....Sekian. Macam mana, adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas??? Selain terhibur, anda fikirlahlah... "Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... ", " Lawak kan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki tadi hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi...", "Lawak kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya...", "Lawakkan, ramai orang percaya kepada gossip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam Al-Quran", "Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia", "Lawak kan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam- jam tapi nak berdoa kepada ALLAH, alahai.. tak cukup masa.... Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama. Lawak kan??? Kenapa? Gelak tu kan realiti. Tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain? berapa banyak???? Wallahualam