Bersabda Sulaiman
" Wahai orang-orang mulia, siapakah diantara kamu yang
boleh membawa
kepadaku tahta kerajaan Ratu Saba' itu sebelum mereka datang
tunduk
kepadaku?"
Berkata Ifrit di antara Jin
" Saya dapat membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri
dari majlis
ini, sesungguhnya saya kuat lagi jujur"
Berkata seorang manusia yang di sisinya ada ilmu dari Kitab
" Saya boleh membawanya kepadamu dalam sekelip
mata"
AnNaml: 38-39
Peristiwa kehilangan sebuah helikopter di Bario, Sarawak
pada Julai tahun ini tiba-tiba menjadi satu misteri yang menggemparkan banyak
pihak. Setelah hampir 20 hari pencarian dilakukan oleh hampir 2000 tenaga
manusia dan alat teknologi tercanggih, akhirnya helikopter itu ditemui juga
dengan bantuan orang-orang yang dekat dengan Allah, yangberusaha takut dan
cinta Allah dengan sebenar-benarnya. Parlimen Malaysia sudah hampir mahu
memberhentikan operasi pencarian, sejurus sebelum helikopter itu ditemui.
Kaedah bomoh biasa juga gagal dalam menghadapi kes ini.
Berbagai jenis bomoh dari berbagai agama mencuba berbagai alatan perbomohan
bersama jampi serapahnya tetapi sia-sia. Apa sebenarnya berlaku?
- Helikopter Bell 206 Long Ranger kepunyaan Hornbill Skyways
membawa seorang Menteri Sarawak, Dr Judson Sakai Tagai, bersama-sama lima orang
yang lain dan dikemudi oleh juruterbang Kapten Shamsudin Hashim, yang
satu-satunya Muslim, bertolak pada tanggal 12 Julai 2004, Selasa
12.15pm.Perjalanan melintasi Bario bertujuan meninjau lokasi sesuai untuk
pembinaan projek empangan hidro-elektrik baru di Sarawak.
-Baru 3 minit berleps, helikopter itu terputus hubungan
dengan menarakawalan dan terus hilang. Perjalanan sepatutnya mengambil 20 minit
ke destinasinya iaitu Ba'kelalan.
-Yang menjadi pertanyaan, mengapa helikopter tidak sempat
menghubungi menara kawalan atas kerosakannya padahal baru sahaja berlepas 3
minit.
- Isyarat kawalan automatikjuga tidak berfungsi menunjukkan
lokasi terhempasnya
- Operasi mencari dimulakan seawal 2 petang. Persekitaran di
mana logiknya helikopter itu jatuh dan sekitarnya sudah
digelidah 25 pesawat dan 2000 orang pencari terdiri dari PDRM, TUDM, RAMD,
TNI-AD, dan bermacam-macam lagi pasukan, termasuk penduduk kawasan sekitar di
situ termasuk penduduk negara jiran Indonesia.
- Termasuk sebuah helikopter dari Australia yang
lengkapdengan sistem pengesan haba infra-red yang mampu mengesan perubahansuhu,
merakam gerakan visual dan mengesan kewujudan jarak di dalam hutan, misi
dibantu 2 pakar warga OZ.
- Helikopter de Orient dari USA yang mampu mengesan sehingga
syiling sebesar 10 sen tidak mampu mengesan helikopter itu,
tetapisatu jentolak/jentera pengangkut balak yang buruk dan berkarat dapat
dikesannya
- Pakar teknologi satelit dan pemetaan berbangsa Afrika dari
badan Perhutanan Serawak
- Pesawat bantuan juga datang dari Singapura, Brunei dan
Korea Selatan
Maklumat sebenar tentang apa yang terjadi kepada heli itu
telahpundidapati oleh penaung Skylab [ Ustaz Ashaari Muhammad ]seelok sahaja
helikopter itu hilang secara alam kerohaniannya* Skylab adalah satu persatuan
gabungan doktor-doktor kerohanian dan doktor-doktor fizikal termasuk doktor
specialist dari bidang medical dan dentisry yang bekerja dengan kerajaan,
universiti, tentera dan private practise*
- Setelah hari kelapan barulah Skylab campurtangan dalam kes
ini kerana pada peringkat awalnya pihak kerajaan menolak
pertolongan penaung Skylab dan anak buahnya.
- Pihak kerajaan terbahagi dua dalam menerima kehadiran
Skylab, tetapi pihak Ketua Menteri Sarawak menerima
permohonan
Skylab untuk membantu apabila Ketua Menteri mendapat
maklumat dari
bomoh bahawa heli itu hilang kerana ditutup oleh jin dengan
berlapis-
lapis tutupan yang sangat tebal. Dan mereka berkata hanya
orang yang
bersembahyang sahaja yang mampu membuka tutupan itu.
Sebelum dua orang doktor kerohanian Skylab menyertai
operasi, mereka bermesyuarat bersama-sama anggota Skylab lain dengan guru
mereka Ustaz Ashaari di Labuan.
Seperti yang diduga mereka dapat melihat dengan jelas
seorang wakil jin yang menyerupai manusia bernama Al dihantar oleh pembesar jin
bernama Zar. Tujuh pengiring Al menunggu di luar dan tidak masuk ke bilik
mesyuarat.Tidak semua member Skylabmampu melihatnya, mereka ini hanya merasa
kehadiran makhluk Allah ini dengan hati.
Jin bernama Al yang mewakili pembesar Zar ini meminta
manusia
membayar segala kerosakan yang ditanggung oleh penduduk jin
akibat pencerobohan helikopter itu ke daerah mereka, merosakkan rumah-rumah
mereka, membunuh seramai 37 bangsa jin, lagipula tujuan asal manusia itu
bertujuan meninjau kawasan pembuatan empangan hidro-elektrik baru yang akan
memusnahkan bandar dan perkampungan jin di Bario
Syaratnya adalah menebus dosa manusia ini dengan
mengeluarkan sedikit wang, lalu menyembelih seekor kambing dan dijamukan kepada
para fakir miskin yang tinggal di rumah atas air di Labuan.
Jikalau manusia sanggup melakukannya, barulah perundingan
melepaskan barang tawanan dimulakan.
Makhluk jin yang marah itu yang saiznya boleh membesar
sebesar gunung telah mencekup helikopter tersebut dan dibawa ke alam mereka,
lalu menutupnya dari pandangan mata kasar manusia.
Lalu Skylab mengeluarkan RM 400.00 untuk mengadakan jamuan
kepada jemaah masjid atas air di Labuan, sebelum menyertai pasukan operasi
mencari.
1..Pada 23 Julai 2004 [Jumaat] selepas 11 hari helikopter
hilang,
Tabib Abdul Rahim Manaf dan Tabib Hassan Mohd Zain yang
berupaya melihat makhluk jin dan bercakap-cakap dengan makhluk Allah ini,
memulakan operasi pencarian yang pertama bersama-sama pilot Capt George (bangsa
Iban) dan seorang jurubahasa bernama Afendi. Kawasan yang diilhamkan adalah
Pa'Longan, satu kawasan yang tidak diminati kerana terkeluar dari laluan asal
dan bearing heli tersebut. Kedua orang tabib itu dapat melihat adanya heli itu
dengan jelas di sana - di alam ghaib, cuma di alam lahir lokasi sebenarnya
tidak diketahui dan ianya tertutup dari pandangan manusia biasa.
2. Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] jam 11.00 pagi, operasi kedua
dimulakan. Pada 11.45 pagimereka ternampak sebatang pokok
yang putus ,tinggal kayu balaknya sahaja menegak , mungkin kesan helikopter
jatuh. Semasa operasi ini, Tabib Hassan terus-menerus berhubung secara ghaib
dengan Al siJin Islam. Masyarakat jin di situ mempunyai 3 raja adik beradik
iaitu Kalamngan, Kalamung dan Kalapung. Hanya seorang raja yang bolehdiajak
berunding dengan baik, yang dua lagi susah diajak berunding. Seorang ini yang
akhirnya memeluk Islam..hasil perhubungan dan perbincangannya dengan manusia
ini.
Perundingan dengan jin mengambil masa yang lama..bukankah
dikatakansebaik-baik jin itu sejahat-jahat manusia.
Sepanjang operasi pertama itu, Tabib Hassan merayu "
Bukankah kami sudah sembelih kambing seperti yang disyaratkan, tolonglah
beripetunjuk di mana helikopter itu boleh ditemui"
Jawab Jin " Yalah..kami akan tunjukkan lah ni..!!"
Selepas menentukan lokasi pokok patah itu dan diambil
gambarnya, mereka balik untuk solat Zuhur.
3. Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] petang, operasi ketiga -
dengan panduan sistem GPS - Global Positioning System, mereka menuju ke kawasan
pokok patah tadi. Aneh sekali, kerana kali ini dua batang pokok pula yang
patah. Mengiringi heli mereka adalah dua lagi heli lain, tetapi penumpang heli
utama melihat 2 lagi heli itu terlalu kecil, sebesar hujung pena. Seolah-olah
mereka sedang berada jauh di alam lain iaitualam jin.
Sesudah itu mereka pulang kerana helikopter belum dibuka
tutupnya oleh Jin.
Setelah petunjuk pertama ditemui, seorang ketua kaum Penan -
kaum pribumi Sarawak- telah bergerak ikut darat dengan tujuan mencari heli,
bila sampai ke kawasan itu dia telah mencantas dahan dan dihalakan ke udara,
metode secara perbomohan untuk ditunjukkan hala sebenar bau mayat. Tiba-tiba
ribut kuat memukulnya sehingga dia terhempas ke pokok dan patah gigi.Heli
penyelamat terpaksa dipanggil untuk menyelamatkannya
Sebuah helikopter Nuri TUDM, telah menurunkan seorang
tentera dengan tali pada pagi Ahad 25 Julai..Heli telah bergegar kuat dan tali
ituberpusing-pusing sampai tentera itu terhempas ke pokok juga. Dia terpaksa
naik semula sebelum sempat memijak tanah.
Sekembalinya dari operasi ketiga, Tabib Hassan mengucapkan
terimakasih kepada Raja Jin 3 beradik diperantarai Al. Tabib
Hassan berkata " Tolonglah bukakan heli itu pula untuk kami dapat
lihat" Jawab Al " Yalah..kami akan bukalah!!" ..Inilah perangai
jin, kerja sehari jadi 3 hari!
4. Pada 25 Julai 2004 [Ahad] pagi, di kawasan tersebut ada
perkembangan terbaru, di antara dua pokok patah itu,
terdapat seolah- olah satu ruang terjerumusnya helikopter. Tetapi helikopter
masih tidak kelihatan. Tabib Hassan mengeluh.." Jin,jin mengapa lambat
sangat nak buka ni?."
Aneh pula, Afendi si jurubahasa kelihatan sangat terganggu
perasaannya, berkeras mahu dihantar pulang ke kampungnya di
Miri. Terpaksalah demi menjaga hatinya, mereka semua terus berlepas ke Miri,
padahal sudah sangat hampirnya dengan penemuan heli itu. Operasi diteruskan
juga oleh beberapa yang lain seperti yang diceritakan tadi, tetapi aneh habis
semua terpelanting dikerjakan oleh jin-jin di situ.
Sampai sahaja di Miri, para tabib itu mendapat arahan dari
ustaz Ashaari guru mereka, supaya bertukar orang, kerana pasukan yangada tidak
cukup ampuh. Afendi diganti dengan Ustaz Ahmad Zahari iaitu Pengarah Rufaqa'
Sarawak. Di sinilah percaturan Tuhan, di Bario perhubungan telefon memang
terputus, balik ke Miri ada tujuan yangtelah diatur oleh Tuhan.
Pada mulanya Ustaz Ahmad Zahari tidak dibenarkan naik ke
heli
menolong usaha mencari oleh Tan Sri George Chan. Semasa
sedang bermenung dan berselawat dan berzikir itu, dia dan Tabib Hassan melihat
pihak tentera membawa 2 ekor anjing pengesan yang terlatih menaiki helikopter
di pengkalan untuk menghidu mangsa di tempat pokok patah itu..
" Kami melihat 2 ekor anjing itu bila dibawa ke heli,
mereka seperi
sangat ketakutan dan berlari ke belakang. Setelah dikejar
dan dipaksanaik juga hingga beberapa kali, tetap anjing-anjing itu
memprotes.Sehingga akhirnya heli itu pergi tanpa anjing.
Pada masa yang sama riuh-rendah kedengaran ayam berkokok seolah-olah melihat
sesuatu".
5. Pada 27 Julai 2004 [Selasa], Tabib Hassan, Ustaz Ahmad
Zahari dan pilot Cpt Thomas..meredah lagi hutan meneruskan pencarian di lokasi.
Ustaz Ahmad Zahari dengan penuh tawakkal kepada Allah, merenjis air bacaan doa
Ustaz Ashaari ke atas bumi Bario. Diiringi doa anggotaSkylab dan doa ahli
Rufaqa' Sarawak serta guru mereka, pada jam 5.00 petang heli itu dapat dilihat
oleh Cpt thomas ditempatnya.
Jin sudah membukanya..tetapi SEBENTAR sahaja, waktu itu
sahaja.
Semasa heli itu kelihatan hari sudah hampir malam, walaupun
baru jam 5.00 petang di Bario, jadi apa sahaja usaha menghampiri heli terpaksa
ditangguhkan keesokan harinya, lagipula cuaca yang sejuk, berangin serta
keadaan tanah cerun menyukarkan penyediaan landing point dsb.
6. Pada 28 Julai 2004[Rabu], hujan turun renyai-renyai.
Ramai manusia yang berbondong-bondong keluar ke tempat lokasi untuk mencari
heli itu. Pada petangnya, dua orang polis udara AS Ehsan dan DSP Lukman terus
mencari Tabib Hassan " Tolong kami ustaz, saya seram ni..Gunung Murut
sudah hilang!!"
Rupa-rupanya sepanjang hari mencari mereka tidak melihat
heli itu, yang dijumpai satu pokok manggis besar di tempat terjerumusnya heliitu,
buah2nya pula masak dan besar. Bila heli buat u-turn untukmendekati pokok
manggis itu, pokok manggis itu ghaib pula..bilamereka pandang ke arah Gunung
Murut, gunung itu turut hilang..terusASP Ehsan mengarah pilot memecut heli
mencari si Tabib.
Tabib memberitahu ASP Ehsan " Nampaknya jin itu telah
menutup heli itu semula! Kalau begitu marilah kita bersolat, baca Fatihah 4x,
AyatQursi dan selawat pada RSAW.
Akhbar-akhbar tanggal 30 Julai 2004 Jumaat, melaporkan pada
sepanjang malam itu [Rabu 28 Julai, malam Khamis] 2 komando
diturunkan dan tidur bersama mayat, ada yang mengatakan
pasukan Bomba - pemadam kebakaran - yang menjumpai heli itu.Ada yang mengatakan
ekor heli sahaja dijumpai padahal di lokasi ekor dan badanheli ada
bersama-sama..Macam-macam khabar yang tidak sinonimdisebarkan dengan apa yang
sebenarnya terjadi.
Hakikatnya, sukar untuk menurunkan komando dalam cuaca yang
gelap dansejuk begitu, tanah di situ pula agak curam dan bercerun, tiada
tanahrata, agak sukar membuat operasi menyelamat, apa lagi heli itu ghaibsemula
waktu itu!!
Padahal, sepanjang malam itu ASP Ehsan tekun berdoa bersama
tabib- tabib semalaman agar dimudahkan segala usaha.
7. Pada 29 Julai 2004 Khamis, ASP Ehsan dan orang-orangnya
lah yang berjaya menemui heli malang itu dan mengangkat tujuh mayat yang berada
di situ ( tiada komando yang bermalam bersama mayat sebelum itu seperti yang
dilaporkan akhbar-akhbar utama di Semenanjung ).
Operasi itu dilakukan waktu siang terang -benderang. Landing
pointhelikopter dibuat agak jauh dari tempat heli malang ditemui keranatanahnya
yang curam. Seorang anak buah ASP Ehsan, anggotapenyelamat,membaca kata -kata
ini di dinding helikopter yang ditemui
" Mengapa lambat selamatkan kami?"..Bayangkan
cuaca di Bario itu mencecah 10 darjah Celcius, tanpa bekal sedikitpun makanan,
jatuh di kawasan hutan yang sangat tebal dan bercuram.
Heli itu langsung tidak terbakar, hanya ekornya yang patah.
Jika
terhempas di gunung dalam keadaan petrolnya penuh mesti ia
terbakar.Pintu heli terbuka lebar dan dua orang ditemui di luar helikopter,
termasuk mayat Allayarham Kapten Shamsudin. Sementara mayat-mayatlain sukar
dikenali akibat reput dan mengalami dekomposisi yangteruk, mayat Kapten
Shamsudin mudah dikenali, walaupun reput, baukapur barus cukup kuat pada mayat
itu. Ada sejadah lapik solat yang tidak reput di sebelahnya, di keliling
mayatnya sampah-sarap dan kayu- kayan disapu bersih.
Bila dirujuk pada Ustaz Ashaari dia menjawab " Itulah
petanda
kehadiran jin-jin Islam"
Kapten Haris menceritakan heli itu terletak elok, hanya ekor
dan
kipasnya yang patah, pokok-pokok disekitarnya pun masih
dalam keadaan asal. Seolah-olah heli itu diletakkan di situ..dan jin-jin
yangbekerja mencantas dua pokok secara berperingkat hingga tinggal batangnya
sahaja untuk menggambarkan seolah-olah heli itu terhempas di situ.
Ahbar berbahasa Cina dan Inggeris - Miri Daily News di
Sarawak
menemubual mengambil gambar individu-individu yang menolong
dalamoperasi mencari heli hilang itu dan melaporkan kejadian yang sebenar.
Akhbar -akhbar di Indonesia hanya melaporkan heli itu
ditemui denganpertolongan bomoh/dukun/pawang. Tiada langsung berita mengenai
Skylab pada akhbar utama di Semenanjung.
[Sistem rohani dan ghaib itu jauh lebih hebat dari sistem
akal. Alam ghaib memang wujud..Alam perwalian, alam Roh, cuma kita yang
terlalusekular ini sangat terpengaruh dengan fahaman Barat. Mana-mana
yangberlainan sedikit dari logik mudah sahaja dituduh sesat, menyesatkan,
bid'ah dsb - pendespatch e-mail]
Bila ditanya kepada Ustaz Ashaari oleh Skylab.. "
Apakah Ustaz
didampingi jin?"
Beliau menjawab " Mendidik manusia cukup susah bahkan
sering gagal, hebatnya saya kalau mampu menundukkan jin.Sejahat-jahat manusia
itusama dengan sebaik-baik Jin Islam."
Dan akhirnya..salah seorang Raja jin yang masuk Islam itu
adalah yangbernama Kalamung. Dia hatinya agak lunak dan mudah diajak berunding.
Namanya ditukar ke Abdul Jabir, nama yang dipilih dan diberi
oleh
manusia yang telah berhubung dengannya melalui alam yang
tidak terjangkau akal. Mana mustahil, kaum Jin suatu hari nanti akan turut sama
membantu manusia sebagai sebahagian tentera Allah..seperti yangbanyak berlaku
sebelum-sebelum ini.
Dipetik dari buku
Kuasa Tuhan Mencabar Kuasa Manusia Di Bario
SKYLAB September 2004
Ditulis bersama oleh: Haji Abd Rahim Manaf, Hassan Mohd Zain,
Mejar Dr Yusof Abu Bakar, Dr Johari Alias, Dr Hanif Abd Rahman, Dr Abd.
Rahim Tahir, Dr Azlina Jamaluddin, Mejar Dr Abd Hamid Sujak,
Dr
Rohaya Dato' Muhamad.