"Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari
sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian
seorang budak kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang
dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang
kucar kacir.
"Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?"
Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah" Pelancong itu
tidak faham perkataan 'ha'ah'. Namun kerana budak kecil itu
mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan.. melintaslah pula seorang remaja di
depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya..
"Maaf dik.. tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah jalan
Pasir?" Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar".
Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'. Namun
kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya
adalah betul.
Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu
pelancong itu segera bertanya
"Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan
Pasir?" Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."
Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu
untuk menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya lagi.. "Saya
keliru.. Tadi
saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya 'ha'ah'.. lalu
saya
bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya 'benar'. Akhirnya
saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi semuanya
mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?"
"Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti
latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje... Kalau yang
menjawab 'benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti
sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab 'betul' itu pastinya
orang itu ada sarjana," jawab orang dewasa itu...
"Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti anda seorang sarjana
ya?" tanya Pelancong lagi..
Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah"
p/s: Apa la pakcik ni...
No comments:
Post a Comment