Pada minggu lepas, sewaktu bertugas di Ampang, seorang warga asing Islam
keturunan Bangladesh telah datang ke klinik. Pada awalnya, saya menyangka
anaknya yang berumur 4 tahun itu mengalami demam kerana wajahnya yang sugul
dan letih. Setelah berkenalan sebeberapa ringkas, bapanya telah memberitahu
bahawa 2 hari lepas ketika anaknya membuang air besar, anaknya ada
memberitahu terjumpa beberapa ekor "ular" di dalam najisnya.
Bagai tidak percaya, bapanya sendiri melihat, dan mendapati beratus-ratus
ekor cacing kecil yang bergumpal, sebesar bola golf keluar dari punggung
anaknya. Saya dengan rasa gerun (anda tak gerun ke tengok cacing kelua dari
punggung manusia) pun memeriksa... betul kata si ayah... ada 6 ekor cacing
halus (Pinworm : Enterobius Vermacularis) menggeliut di sekeliling lubang
dubur. Saya terus memakai sarung tangan, mengambil salotape dan
melekatkannya di tempat cacing tersebut untuk mengalihkannya. ... Apa pulak
saya nak buat ngan cacing ni pagi-pagi buta ni (pukul 2 pagi)? Nak hantar
kat lab... mana ada lab.. so saya pun buangnya ke dalam special bin... Saya
cuba nak tunjuk kepada nurse saya... tapi mereka menolak dengan penuh
"sopan"... hehehe... tak pernah-pernah sopan macam tu...
Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak. ..
terutama yang selalu keluar rumah tak pakai selipar, makan itu dan ini yang
tidak dimasak atau separa masak, terutama di kawasan rumah yang kurang
bersih atau seperti kawasan setinggan atau laman yang bertanah.
Cacing-cacing yang popular di Malaysia (tak payah AFUNDI lah) :-
Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) - besar macam gelang... boleh
masuk hati dan paru-paru... ......
Cacing kerawit (Necator Americanus) - ada gigi tajam tapi kita tak
Nampak!... ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah
Cacing rambu atau cacing benang - selalu melekat di kawasan dubur, halus
Cacing pita - macam pita, pipih tapi panjang... susah nak dibunuh..
** Masa kami belajar perubatan dulu kami diwajibkan mengenal cacing-cacing
ni sebab masuk periksa - sekali dia menguit... dah tahu jantan betina...
hehehe.. ***
Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-
* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
* Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
* Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
* Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
* Demam, ruam-ruam badan, alahan
* Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)
Apa yang anda perlu buat :-
1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
3. Potong kuku pendek
4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada
Ada 2 jenis ubat cacing :-
1. Albendazole/ mebendazole
Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya.
2. Pirantel Pamoate
Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.
Oleh itu, kepada anda dan anak anda yang mepunyai masalah kecacingan atau mempunyai gejala-gejala di atas.. maka bolehlah datang ke klinik secepat mungkin...
No comments:
Post a Comment