Thursday, May 22, 2008

CERITA 1

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
"Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik
STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M'sianIdol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah..
Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau... ".
Moral of the story: Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat mesjid
Or
surau, tambah la sikit..


CERiTA 2

Terdidik Kerana Sebiji Tembikai
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq
Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai
itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah
tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka
marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan
marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah
tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada
barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli
barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap
hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau
tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau
kepada
Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya. "
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah
dengan
apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT

Hanya Ingin Mengingatkan ....

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca
Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang
menjadi
hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai
penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan
kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

No comments: