Perompak
Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri
yang sedang tidur nyeyak..Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan
senjata tajam ke arah si isteri....
Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh
membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang
menjadi korbanku."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."
Mesin penimbang doremon
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur
berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita
akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer.
Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah
memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"
Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52
kg!" Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan
montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM
1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang..
jangan ramai-ramai!"
JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri
di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia
terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah
mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa
membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu
pada ibunya.
"Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan.
Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai...
Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?"
Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!"
Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia
menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli
tempatan... Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu
kerana
dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2
tahu dan cuba menawarinya..
Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol..
Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu apa?"
Emak Saya
Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan
menyamar sebagai ibunya.
Salmah : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6
hijau?
Cikgu : Ya, saya.
Salmah : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana
sakit.
Cikgu : Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?
Salmah : Emak saya...
Pak Pandir ke Zoo
Suatu hari pak Pandir pergi ke zoo bersama anak kecilnya dengan membawa
kereta sorong. Sedang mereka asyik melihat binatang di situ, Pak Pandir
terasa hendak buang air besar.
Oleh kerana tiada sesiapa bersama mereka, Pak Pandir terpaksa
meninggalkan anak kecilnya di dalam kereta sorong itu bagi melepaskan
hajatnya yang sudah tak dapat ditahan-tahannya lagi.
Setelah selesai menunaikan hajatnya, Pak Pandir kembali kepada anaknya
di dalam kereta sorong itu.
"Hmmm...baik budak ni. Tak buat ragam pun." Pak Pandir pun terus
menyambung lawatan mereka dengan konfidennya di zoo itu. Setelah itu
mereka pun pulang ke rumah.
Sampai di rumah, dia terus mendapatkan Mak Andeh. "Baik betul anak kita
ni, langsung tak menyusahkan saya", Pak Pandir memberitahu Mak Andeh
dengan gembira. "Awak pergilah bawak dia mandi, mungkin dia nak berehat
agaknya".
Mak Andeh pun menurut kata Pak Pandir itu. Sedang Pak Pandir
berehat-rehat di ruang tamu, kedengaran Mak Andeh memanggil dari bilik
air. "Bang, kenapa anak kita ni penuh bulu satu badan?"
Jawab Pak Pandir, "Ooohhh....itu tak hairan. Tadi di zoo lagi dahsyat.
Saya lihat seekor gorila betina mendukung anaknya yang langsung tiada
bulu. Rupa anaknya pula tak ubah seperti muka anak kita!"
No comments:
Post a Comment