Sunday, September 23, 2007

Pedang Intelektual Lebih Hebat daripada Senjata Canggih

Di kalangan masyarakat bukan Islam, soalan yang lazim dikemukakan ialah adakah Islam di peringkat dakwahnya disebarkan dengan kekerasan atau lebih disifatkan dengan menggunakan mata pedang?Pandangan sebegini timbul berdasarkan pembacaan bahan-bahan orientalis klasik dan moden, yang menyusup masuk ke dalam penerbitan-penerbitan ilmiah yang mudah di dapati di kedai-kedai buku di sekitar negara.Tanpa kefahaman asas yang tepat serta kekeliruan yang mempengaruhi pemikiran pembaca, dakwaan palsu ini dianggap satu fakta sejarah yang benar dan tidak boleh disanggah.
Tambahan, situasi dunia hari ini yang bergolak dan berhadapan dengan keganasan bersifat global, menjadikan Islam sasaran terbaik untuk dipersalahkan.Konsep jihad yang sinonim dengan ajaran Islam, dianggap sebagai moto atau laungan semangat umat Islam untuk melancarkan keganasan ke atas orang lain.Mengapa kekeliruan ini berlaku? Adakah kerana kita tidak berusaha menyampaikan mesej sebenar jihad kepada dunia, menjadikan istilah itu bersifat kekejaman atau kezaliman?Islam bersandarkan kepada satu pengertian yang indah, iaitu selamat, damai dan sejahtera.Ia juga membawa maksud menyerahkan diri kepada Allah s.w.t selaku Pencipta dan Pemelihara seluruh alam.Oleh yang demikian, Islam boleh disifatkan sebagai agama kedamaian. Realiti dunia hari ini membuktikan tidak semua manusia inginkan keamanan dan keharmonian.Wujud individu mahupun sebuah kuasa besar yang menggunakan segala mekanisme yang ada untuk menimbulkan kekacauan bagi memenuhi agenda mereka tersendiri.
Tidak dapat dinafikan, kadangkala kekerasan perlu untuk mengekalkan keamanan.Namun kekerasan yang melampau sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa mereka yang tidak bersalah dan kemusnahan harta benda secara besar-besaran dilarang sama sekali dalam ajaran Islam.Islam menggalakkan keamanan dan kedamaian. Dalam masa yang sama Islam menyeru para pengikutnya mempertahankan kedudukan agama dan nyawa sekiranya dicerobohi atau ditindas.Atas dasar ini, kadangkala kekerasan boleh menjadi alat agar tidak terus dizalimi tetapi ia menjadi alternatif terakhir untuk mengembalikan keadilan dan keamanan selepas tiada kata sepakat antara dua pihak.Dalam menjawab tuduhan orientalis serta mengungkai kekeliruan bahawa Islam disebarkan dengan kekerasan, sejarawan De Lacy O Lary menyatakan ``Sejarah jelas membuktikan dongengan yang mengatakan Fanatik Islam menyebarkan agama dengan mata pedang dihunus ke atas bangsa-bangsa lain, adalah satu dongengan yang memalukan para sejarawan yang mengulangi kisah karut-marut ini.'' (Buku Islam At The Cross Road, muka surat 8).
Pandangan beliau bersandarkan asas fakta sejarah Islam yang kukuh, di mana Islam telah memerintah Sepanyol selama 800 tahun dengan kebebasan agama diberikan kepada penganut-penganut agama Kristian ketika itu.Satu tempoh yang cukup lama membuktikan toleransi pemerintah Islam dan keadilan serta tanggungjawab melindungi rakyat di bawahnya tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.Dibandingkan selepas kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol kesan dari Perang Salib, azan yang menjadi salah satu simbol Islam tidak kedengaran di bumi Sepanyol.Di Arab Saudi, selama 1400 tahun, Islam menjadi agama rasmi dan diperintah oleh seorang Muslim.Namun begitu, di tanah Arab ini, masih wujud 14 juta Christian Coptic iaitu penganut Kristian yang mewarisinya melalui keturunan.Namun, sehingga hari ini kewujudan mereka di sana masih dapat dilihat.
Dengan mengandaikan Islam disebarkan melalui keganasan, sudah tentu tidak ada seorang Arab yang akan kekal menganuti ajaran Kristian yang diwarisinya.Para Orientalis tidak akan mampu memberi jawapan, dari manakah tentera-tentera Islam yang datang menjajah serta menakluk gugusan kepulauan Melayu, khususnya Malaysia dan Indonesia sehingga mempunyai populasi penganut Islam terbanyak di dunia.Islam jelas meletakkan satu sempadan ke atas para pengikutnya, bahawa tidak ada paksaan dalam beragama :``Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).``Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.'' (Al Baqarah: 256).Kejayaan Islam menawan jutaan hati manusia yang ikhlas dan inginkan ketenangan spiritual, lahir daripada pedang intelektual yang mampu menembusi akal yang rasional dan jiwa bersih yang fitrahnya sentiasa mencari Tuhan.
Kesannya lebih hebat daripada penggunaan ketenteraan mahupun persenjataan dunia yang semakin canggih.Firman Allah di dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud:``Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.Almanak Readers Digest 1986 memberikan statistik peningkatan jumlah penganut Islam dari tahun 1934 sehingga 1984 adalah sebanyak 235 peratus, satu peningkatan melebihi 100 peratus.Artikel yang sama turut muncul di majalah The Plain Truth. Timbul pertanyaan, peperangan manakah yang mengambil tempat sehingga berjuta-juta manusia memilih Islam?Di Amerika dan Eropah, Islam menjadi pilihan utama. Meskipun dilabel sebagai agama pengganas sebagaimana digambarkan oleh Pat Robertson dan Jerry Falwell, namun Islam masih mendahului.Kata-kata Dr Joseph Anderson memberi gambaran kehebatan Islam yang penuh kekuatan halimunan yang sukar dikesan oleh musuh-musuh, kekuatan intelektual:``Mereka yang bimbang pada suatu hari nanti kekuatan senjata nuklear ke atas tangan negara-negara Arab, gagal menyedari bom Islam telah digugurkan ke bumi, sejak kelahiran Muhammad.''

Wanita Disisi Lelaki

Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka.Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita...
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah membengkokkan.Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.~Sumber: www.hanan.com.my

Thursday, September 20, 2007

Tips agar tidak bosan dalam lif..

Tips agar tidak bosan di dalam lif

11 tips agar tidak bosan semasa di dalam lif:
1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..
2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!"
.3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.
4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat temujanji?
5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik...tik...tik...
6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.
7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, nanti pasti terbuka lagi!".
8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Udaranya cukup tidak disitu?"
9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.
10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.
11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah wilayah SAYA"

SELAMAT MENCUBA...

Bau Ketiak Lelaki..

Ada Sepecialnya Bau Ketiak LelakiBenarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yangdialami oleh wanita?Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusiadi University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sanamembuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekananmelancarkan perjalanan haid.
Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America
Sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja ” diproses”daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakansebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidungwanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya.Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itukemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanitaberumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalahbau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa merekasedang menguji satu aroma wangian tersebut.Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yangdi sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiaklelaki tersebut diukur.Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood,wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanitamenjadi kurang tegang…. di petik dari majalahPA&MA…Feb 2004…kalau tak caya…
So kengkawan kalau tengah strees tu …..bolehlah cium ketiak suami atauboyfriend.
Bagi kaum adam pulak ,simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.
Moral of the Story….
So kalau isteri dok tention tu…lepas balikriadah..calit sikit bau ketiak anda..yang masam tuinsyaallah mood diaok…….
ha..ha…ha…. selamat mencuba…& Kepada paraisteri jangan dok tension sangat…nanti kena cium bauketiak suami……..
Petikan dari email yahoo yg dipost oleh Mak Jah kite…

Kulit??

PROFESSOR PELUK ISLAM HANYA KERANA KAJIAN KULIT MANUSIA



azr writes "Professor Tagata Tagasone, Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand telah mengucap dua kalimah syahadah semasa Persidangan Perubatan Saudi Ke 8 di Riyadh.Dia telah mendapat hidayah apabila diketahui hasil kajian para saintis yang pakar dalam bidang kulit (dermatologi) telah lama diterangkan di dalam Al Quran lebih 1400 tahun yang lalu. Professor Tagasone begitu yakin adalah mustahil ayat Al Quran yang menceritakan secara terperinci mengenai sifat kulit manusiadatangnya daripada seorang manusia bernama Muhammad SAW. Lalu diberitahu kepada Professor Tagasone bahawa ayat Al Quran itu adalah ayat-ayat Allah SWT yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW.Apakah hasil kajian tersebut sehinggakan seorang saintis dermatologi yang hebat terasa begitu bodoh kerana kajiannya yang dianggap canggih telah terdapat dalam Al Quran?Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia ini terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan musnah. Maka manusia tidak akan merasa sakit lagi apabila sel-sel ini terbakar (tetapi manusia akan mati selepas itu).Jadi kalau di akhirat nanti apabila manusia dibakar dalam api neraka adakah mereka tidak akan merasa sakit, hanya sakit apabila dibakar kali pertama?Jawapannya ialah ayat Al Quran surah ke 4 , ayat ke 56 yang lebih kurang bermaksud :“Mereka yang menolak ayat-ayat Kami. Kami akan campakkan mereka dalam api; berkali-kali sehingga kulit mereka terbakar hangus. KAMI AKAN GANTI KULIT MEREKA DENGAN KULIT YANG BARU SUPAYA MEREKA MERASAKAN AZAB ; sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, MahaBijaksana”.Maka beruntunglah Professor Tagasone yang telah memeluk agama Islam dalam keadaan suci , bersih. Sesiapa yang tidak hendak menerima Islam dan mengamalkan segala apa yang terkandung di dalam Al Quran , maka Allah akan pilih orang lain untuk menerima hidayahNya.

Kenapa Aku Diuji

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216 KENAPA UJIAN SEBERAT INI? "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! "
... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12

renungan

Bayangkan benda ini berlaku pada anda... Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu". Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat". Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....Sekian. Macam mana, adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas??? Selain terhibur, anda fikirlahlah... "Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... ", " Lawak kan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki tadi hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi...", "Lawak kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya...", "Lawakkan, ramai orang percaya kepada gossip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam Al-Quran", "Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia", "Lawak kan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam- jam tapi nak berdoa kepada ALLAH, alahai.. tak cukup masa.... Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama. Lawak kan??? Kenapa? Gelak tu kan realiti. Tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain? berapa banyak???? Wallahualam

Tuesday, August 14, 2007

berita?

salam sejahtera semua..
pertama dan selamanya syukur ke HadratNya kerana masih lagi diberi nikmat Iman dan Islam.

akan ku update blog nie dalam masa yg terdekat.
sabar semua.

nantikan dengan pelbagai berita yang cukup menarik

Wednesday, January 10, 2007

Misteri Kehilangan Helikopter Di Bario


Bersabda Sulaiman
" Wahai orang-orang mulia, siapakah diantara kamu yang boleh membawa
kepadaku tahta kerajaan Ratu Saba' itu sebelum mereka datang tunduk
kepadaku?"

Berkata Ifrit di antara Jin

" Saya dapat membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri dari majlis
ini, sesungguhnya saya kuat lagi jujur"

Berkata seorang manusia yang di sisinya ada ilmu dari Kitab

" Saya boleh membawanya kepadamu dalam sekelip mata"
AnNaml: 38-39

Peristiwa kehilangan sebuah helikopter di Bario, Sarawak pada Julai tahun ini tiba-tiba menjadi satu misteri yang menggemparkan banyak pihak. Setelah hampir 20 hari pencarian dilakukan oleh hampir 2000 tenaga manusia dan alat teknologi tercanggih, akhirnya helikopter itu ditemui juga dengan bantuan orang-orang yang dekat dengan Allah, yangberusaha takut dan cinta Allah dengan sebenar-benarnya. Parlimen Malaysia sudah hampir mahu memberhentikan operasi pencarian, sejurus sebelum helikopter itu ditemui.

Kaedah bomoh biasa juga gagal dalam menghadapi kes ini. Berbagai jenis bomoh dari berbagai agama mencuba berbagai alatan perbomohan bersama jampi serapahnya tetapi sia-sia. Apa sebenarnya berlaku?

- Helikopter Bell 206 Long Ranger kepunyaan Hornbill Skyways membawa seorang Menteri Sarawak, Dr Judson Sakai Tagai, bersama-sama lima orang yang lain dan dikemudi oleh juruterbang Kapten Shamsudin Hashim, yang satu-satunya Muslim, bertolak pada tanggal 12 Julai 2004, Selasa 12.15pm.Perjalanan melintasi Bario bertujuan meninjau lokasi sesuai untuk pembinaan projek empangan hidro-elektrik baru di Sarawak.

-Baru 3 minit berleps, helikopter itu terputus hubungan dengan menarakawalan dan terus hilang. Perjalanan sepatutnya mengambil 20 minit ke destinasinya iaitu Ba'kelalan.

-Yang menjadi pertanyaan, mengapa helikopter tidak sempat menghubungi menara kawalan atas kerosakannya padahal baru sahaja berlepas 3 minit.

- Isyarat kawalan automatikjuga tidak berfungsi menunjukkan lokasi terhempasnya

- Operasi mencari dimulakan seawal 2 petang. Persekitaran di
mana logiknya helikopter itu jatuh dan sekitarnya sudah digelidah 25 pesawat dan 2000 orang pencari terdiri dari PDRM, TUDM, RAMD, TNI-AD, dan bermacam-macam lagi pasukan, termasuk penduduk kawasan sekitar di situ termasuk penduduk negara jiran Indonesia.

- Termasuk sebuah helikopter dari Australia yang lengkapdengan sistem pengesan haba infra-red yang mampu mengesan perubahansuhu, merakam gerakan visual dan mengesan kewujudan jarak di dalam hutan, misi dibantu 2 pakar warga OZ.

- Helikopter de Orient dari USA yang mampu mengesan sehingga
syiling sebesar 10 sen tidak mampu mengesan helikopter itu, tetapisatu jentolak/jentera pengangkut balak yang buruk dan berkarat dapat dikesannya

- Pakar teknologi satelit dan pemetaan berbangsa Afrika dari
badan Perhutanan Serawak

- Pesawat bantuan juga datang dari Singapura, Brunei dan
Korea Selatan

Maklumat sebenar tentang apa yang terjadi kepada heli itu telahpundidapati oleh penaung Skylab [ Ustaz Ashaari Muhammad ]seelok sahaja helikopter itu hilang secara alam kerohaniannya* Skylab adalah satu persatuan gabungan doktor-doktor kerohanian dan doktor-doktor fizikal termasuk doktor specialist dari bidang medical dan dentisry yang bekerja dengan kerajaan, universiti, tentera dan private practise*

- Setelah hari kelapan barulah Skylab campurtangan dalam kes
ini kerana pada peringkat awalnya pihak kerajaan menolak pertolongan penaung Skylab dan anak buahnya.

- Pihak kerajaan terbahagi dua dalam menerima kehadiran
Skylab, tetapi pihak Ketua Menteri Sarawak menerima permohonan
Skylab untuk membantu apabila Ketua Menteri mendapat maklumat dari
bomoh bahawa heli itu hilang kerana ditutup oleh jin dengan berlapis-
lapis tutupan yang sangat tebal. Dan mereka berkata hanya orang yang
bersembahyang sahaja yang mampu membuka tutupan itu.

Sebelum dua orang doktor kerohanian Skylab menyertai operasi, mereka bermesyuarat bersama-sama anggota Skylab lain dengan guru mereka Ustaz Ashaari di Labuan.

Seperti yang diduga mereka dapat melihat dengan jelas seorang wakil jin yang menyerupai manusia bernama Al dihantar oleh pembesar jin bernama Zar. Tujuh pengiring Al menunggu di luar dan tidak masuk ke bilik mesyuarat.Tidak semua member Skylabmampu melihatnya, mereka ini hanya merasa kehadiran makhluk Allah ini dengan hati.

Jin bernama Al yang mewakili pembesar Zar ini meminta manusia
membayar segala kerosakan yang ditanggung oleh penduduk jin akibat pencerobohan helikopter itu ke daerah mereka, merosakkan rumah-rumah mereka, membunuh seramai 37 bangsa jin, lagipula tujuan asal manusia itu bertujuan meninjau kawasan pembuatan empangan hidro-elektrik baru yang akan memusnahkan bandar dan perkampungan jin di Bario

Syaratnya adalah menebus dosa manusia ini dengan mengeluarkan sedikit wang, lalu menyembelih seekor kambing dan dijamukan kepada para fakir miskin yang tinggal di rumah atas air di Labuan.

Jikalau manusia sanggup melakukannya, barulah perundingan melepaskan barang tawanan dimulakan.

Makhluk jin yang marah itu yang saiznya boleh membesar sebesar gunung telah mencekup helikopter tersebut dan dibawa ke alam mereka, lalu menutupnya dari pandangan mata kasar manusia.

Lalu Skylab mengeluarkan RM 400.00 untuk mengadakan jamuan kepada jemaah masjid atas air di Labuan, sebelum menyertai pasukan operasi mencari.

1..Pada 23 Julai 2004 [Jumaat] selepas 11 hari helikopter hilang,
Tabib Abdul Rahim Manaf dan Tabib Hassan Mohd Zain yang berupaya melihat makhluk jin dan bercakap-cakap dengan makhluk Allah ini, memulakan operasi pencarian yang pertama bersama-sama pilot Capt George (bangsa Iban) dan seorang jurubahasa bernama Afendi. Kawasan yang diilhamkan adalah Pa'Longan, satu kawasan yang tidak diminati kerana terkeluar dari laluan asal dan bearing heli tersebut. Kedua orang tabib itu dapat melihat adanya heli itu dengan jelas di sana - di alam ghaib, cuma di alam lahir lokasi sebenarnya tidak diketahui dan ianya tertutup dari pandangan manusia biasa.

2. Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] jam 11.00 pagi, operasi kedua
dimulakan. Pada 11.45 pagimereka ternampak sebatang pokok yang putus ,tinggal kayu balaknya sahaja menegak , mungkin kesan helikopter jatuh. Semasa operasi ini, Tabib Hassan terus-menerus berhubung secara ghaib dengan Al siJin Islam. Masyarakat jin di situ mempunyai 3 raja adik beradik iaitu Kalamngan, Kalamung dan Kalapung. Hanya seorang raja yang bolehdiajak berunding dengan baik, yang dua lagi susah diajak berunding. Seorang ini yang akhirnya memeluk Islam..hasil perhubungan dan perbincangannya dengan manusia ini.

Perundingan dengan jin mengambil masa yang lama..bukankah dikatakansebaik-baik jin itu sejahat-jahat manusia.

Sepanjang operasi pertama itu, Tabib Hassan merayu " Bukankah kami sudah sembelih kambing seperti yang disyaratkan, tolonglah beripetunjuk di mana helikopter itu boleh ditemui"

Jawab Jin " Yalah..kami akan tunjukkan lah ni..!!"

Selepas menentukan lokasi pokok patah itu dan diambil gambarnya, mereka balik untuk solat Zuhur.

3. Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] petang, operasi ketiga - dengan panduan sistem GPS - Global Positioning System, mereka menuju ke kawasan pokok patah tadi. Aneh sekali, kerana kali ini dua batang pokok pula yang patah. Mengiringi heli mereka adalah dua lagi heli lain, tetapi penumpang heli utama melihat 2 lagi heli itu terlalu kecil, sebesar hujung pena. Seolah-olah mereka sedang berada jauh di alam lain iaitualam jin.

Sesudah itu mereka pulang kerana helikopter belum dibuka tutupnya oleh Jin.

Setelah petunjuk pertama ditemui, seorang ketua kaum Penan - kaum pribumi Sarawak- telah bergerak ikut darat dengan tujuan mencari heli, bila sampai ke kawasan itu dia telah mencantas dahan dan dihalakan ke udara, metode secara perbomohan untuk ditunjukkan hala sebenar bau mayat. Tiba-tiba ribut kuat memukulnya sehingga dia terhempas ke pokok dan patah gigi.Heli penyelamat terpaksa dipanggil untuk menyelamatkannya

Sebuah helikopter Nuri TUDM, telah menurunkan seorang tentera dengan tali pada pagi Ahad 25 Julai..Heli telah bergegar kuat dan tali ituberpusing-pusing sampai tentera itu terhempas ke pokok juga. Dia terpaksa naik semula sebelum sempat memijak tanah.

Sekembalinya dari operasi ketiga, Tabib Hassan mengucapkan
terimakasih kepada Raja Jin 3 beradik diperantarai Al. Tabib Hassan berkata " Tolonglah bukakan heli itu pula untuk kami dapat lihat" Jawab Al " Yalah..kami akan bukalah!!" ..Inilah perangai jin, kerja sehari jadi 3 hari!

4. Pada 25 Julai 2004 [Ahad] pagi, di kawasan tersebut ada
perkembangan terbaru, di antara dua pokok patah itu, terdapat seolah- olah satu ruang terjerumusnya helikopter. Tetapi helikopter masih tidak kelihatan. Tabib Hassan mengeluh.." Jin,jin mengapa lambat sangat nak buka ni?."

Aneh pula, Afendi si jurubahasa kelihatan sangat terganggu
perasaannya, berkeras mahu dihantar pulang ke kampungnya di Miri. Terpaksalah demi menjaga hatinya, mereka semua terus berlepas ke Miri, padahal sudah sangat hampirnya dengan penemuan heli itu. Operasi diteruskan juga oleh beberapa yang lain seperti yang diceritakan tadi, tetapi aneh habis semua terpelanting dikerjakan oleh jin-jin di situ.

Sampai sahaja di Miri, para tabib itu mendapat arahan dari ustaz Ashaari guru mereka, supaya bertukar orang, kerana pasukan yangada tidak cukup ampuh. Afendi diganti dengan Ustaz Ahmad Zahari iaitu Pengarah Rufaqa' Sarawak. Di sinilah percaturan Tuhan, di Bario perhubungan telefon memang terputus, balik ke Miri ada tujuan yangtelah diatur oleh Tuhan.

Pada mulanya Ustaz Ahmad Zahari tidak dibenarkan naik ke heli
menolong usaha mencari oleh Tan Sri George Chan. Semasa sedang bermenung dan berselawat dan berzikir itu, dia dan Tabib Hassan melihat pihak tentera membawa 2 ekor anjing pengesan yang terlatih menaiki helikopter di pengkalan untuk menghidu mangsa di tempat pokok patah itu..

" Kami melihat 2 ekor anjing itu bila dibawa ke heli, mereka seperi
sangat ketakutan dan berlari ke belakang. Setelah dikejar dan dipaksanaik juga hingga beberapa kali, tetap anjing-anjing itu
memprotes.Sehingga akhirnya heli itu pergi tanpa anjing. Pada masa yang sama riuh-rendah kedengaran ayam berkokok seolah-olah melihat sesuatu".

5. Pada 27 Julai 2004 [Selasa], Tabib Hassan, Ustaz Ahmad Zahari dan pilot Cpt Thomas..meredah lagi hutan meneruskan pencarian di lokasi. Ustaz Ahmad Zahari dengan penuh tawakkal kepada Allah, merenjis air bacaan doa Ustaz Ashaari ke atas bumi Bario. Diiringi doa anggotaSkylab dan doa ahli Rufaqa' Sarawak serta guru mereka, pada jam 5.00 petang heli itu dapat dilihat oleh Cpt thomas ditempatnya.

Jin sudah membukanya..tetapi SEBENTAR sahaja, waktu itu sahaja.

Semasa heli itu kelihatan hari sudah hampir malam, walaupun baru jam 5.00 petang di Bario, jadi apa sahaja usaha menghampiri heli terpaksa ditangguhkan keesokan harinya, lagipula cuaca yang sejuk, berangin serta keadaan tanah cerun menyukarkan penyediaan landing point dsb.

6. Pada 28 Julai 2004[Rabu], hujan turun renyai-renyai. Ramai manusia yang berbondong-bondong keluar ke tempat lokasi untuk mencari heli itu. Pada petangnya, dua orang polis udara AS Ehsan dan DSP Lukman terus mencari Tabib Hassan " Tolong kami ustaz, saya seram ni..Gunung Murut sudah hilang!!"

Rupa-rupanya sepanjang hari mencari mereka tidak melihat heli itu, yang dijumpai satu pokok manggis besar di tempat terjerumusnya heliitu, buah2nya pula masak dan besar. Bila heli buat u-turn untukmendekati pokok manggis itu, pokok manggis itu ghaib pula..bilamereka pandang ke arah Gunung Murut, gunung itu turut hilang..terusASP Ehsan mengarah pilot memecut heli mencari si Tabib.

Tabib memberitahu ASP Ehsan " Nampaknya jin itu telah menutup heli itu semula! Kalau begitu marilah kita bersolat, baca Fatihah 4x, AyatQursi dan selawat pada RSAW.

Akhbar-akhbar tanggal 30 Julai 2004 Jumaat, melaporkan pada
sepanjang malam itu [Rabu 28 Julai, malam Khamis] 2 komando
diturunkan dan tidur bersama mayat, ada yang mengatakan pasukan Bomba - pemadam kebakaran - yang menjumpai heli itu.Ada yang mengatakan ekor heli sahaja dijumpai padahal di lokasi ekor dan badanheli ada bersama-sama..Macam-macam khabar yang tidak sinonimdisebarkan dengan apa yang sebenarnya terjadi.

Hakikatnya, sukar untuk menurunkan komando dalam cuaca yang gelap dansejuk begitu, tanah di situ pula agak curam dan bercerun, tiada tanahrata, agak sukar membuat operasi menyelamat, apa lagi heli itu ghaibsemula waktu itu!!

Padahal, sepanjang malam itu ASP Ehsan tekun berdoa bersama tabib- tabib semalaman agar dimudahkan segala usaha.

7. Pada 29 Julai 2004 Khamis, ASP Ehsan dan orang-orangnya lah yang berjaya menemui heli malang itu dan mengangkat tujuh mayat yang berada di situ ( tiada komando yang bermalam bersama mayat sebelum itu seperti yang dilaporkan akhbar-akhbar utama di Semenanjung ).
Operasi itu dilakukan waktu siang terang -benderang. Landing pointhelikopter dibuat agak jauh dari tempat heli malang ditemui keranatanahnya yang curam. Seorang anak buah ASP Ehsan, anggotapenyelamat,membaca kata -kata ini di dinding helikopter yang ditemui
" Mengapa lambat selamatkan kami?"..Bayangkan cuaca di Bario itu mencecah 10 darjah Celcius, tanpa bekal sedikitpun makanan, jatuh di kawasan hutan yang sangat tebal dan bercuram.

Heli itu langsung tidak terbakar, hanya ekornya yang patah. Jika
terhempas di gunung dalam keadaan petrolnya penuh mesti ia terbakar.Pintu heli terbuka lebar dan dua orang ditemui di luar helikopter, termasuk mayat Allayarham Kapten Shamsudin. Sementara mayat-mayatlain sukar dikenali akibat reput dan mengalami dekomposisi yangteruk, mayat Kapten Shamsudin mudah dikenali, walaupun reput, baukapur barus cukup kuat pada mayat itu. Ada sejadah lapik solat yang tidak reput di sebelahnya, di keliling mayatnya sampah-sarap dan kayu- kayan disapu bersih.

Bila dirujuk pada Ustaz Ashaari dia menjawab " Itulah petanda
kehadiran jin-jin Islam"

Kapten Haris menceritakan heli itu terletak elok, hanya ekor dan
kipasnya yang patah, pokok-pokok disekitarnya pun masih dalam keadaan asal. Seolah-olah heli itu diletakkan di situ..dan jin-jin yangbekerja mencantas dua pokok secara berperingkat hingga tinggal batangnya sahaja untuk menggambarkan seolah-olah heli itu terhempas di situ.

Ahbar berbahasa Cina dan Inggeris - Miri Daily News di Sarawak
menemubual mengambil gambar individu-individu yang menolong dalamoperasi mencari heli hilang itu dan melaporkan kejadian yang sebenar.
Akhbar -akhbar di Indonesia hanya melaporkan heli itu ditemui denganpertolongan bomoh/dukun/pawang. Tiada langsung berita mengenai Skylab pada akhbar utama di Semenanjung.

[Sistem rohani dan ghaib itu jauh lebih hebat dari sistem akal. Alam ghaib memang wujud..Alam perwalian, alam Roh, cuma kita yang terlalusekular ini sangat terpengaruh dengan fahaman Barat. Mana-mana yangberlainan sedikit dari logik mudah sahaja dituduh sesat, menyesatkan, bid'ah dsb - pendespatch e-mail]

Bila ditanya kepada Ustaz Ashaari oleh Skylab.. " Apakah Ustaz
didampingi jin?"

Beliau menjawab " Mendidik manusia cukup susah bahkan sering gagal, hebatnya saya kalau mampu menundukkan jin.Sejahat-jahat manusia itusama dengan sebaik-baik Jin Islam."

Dan akhirnya..salah seorang Raja jin yang masuk Islam itu adalah yangbernama Kalamung. Dia hatinya agak lunak dan mudah diajak berunding.
Namanya ditukar ke Abdul Jabir, nama yang dipilih dan diberi oleh
manusia yang telah berhubung dengannya melalui alam yang tidak terjangkau akal. Mana mustahil, kaum Jin suatu hari nanti akan turut sama membantu manusia sebagai sebahagian tentera Allah..seperti yangbanyak berlaku sebelum-sebelum ini.


Dipetik dari buku
Kuasa Tuhan Mencabar Kuasa Manusia Di Bario

SKYLAB September 2004

Ditulis bersama oleh: Haji Abd Rahim Manaf, Hassan Mohd Zain, Mejar Dr Yusof Abu Bakar, Dr Johari Alias, Dr Hanif Abd Rahman, Dr Abd.
Rahim Tahir, Dr Azlina Jamaluddin, Mejar Dr Abd Hamid Sujak, Dr
Rohaya Dato' Muhamad.

Sunday, November 12, 2006

Rahsia angka 13

Subject: FW:
Rahsia 13Assalamua'laikum wr wb......... ..
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
1 - Niat Sembahyang :Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari duniadan akhirat.
2 - Berdiri Betul :Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempatkita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram :Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur.
4 - Fatihah :Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' :Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal :Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsarketika didalam kubur.
7 - Sujud :Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud :Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 - Tahhiyat Akhir :Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakanoleh Munkar & Nankir didalam kubur.
11 - Selawat Nabi :Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam :Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib :Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A.W.bersabda :"
Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 danjuga Hari Jumaat.
Itulah sebab mengapa merekamencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu "FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"Wassalam.
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yangmemberi manafa'at kepada manusia lain...

Friday, November 10, 2006

Hujan

Hujan
Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita "Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..- Alahai, hujan laaagiiii- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni- Payah nak buat apa2 kalau hujan- Tak boleh balik lagi, hujan!
Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa :
"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).Hakikatnya, hujan itu rahmat."
Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan.
Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)
Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan
Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.
Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.
Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.
Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik..
Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.Lihatlah firman Allah yg bermaksud :"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)Semoga ada iktibar untuk peringatan kita."Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

Thursday, November 09, 2006

Tahukah anda..


Tahukah Anda...

1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataanitu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalamfilem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh FedericoFellini pada tahun 1960. Dalam bahasa Melayupula, ayah kepada seorang budak yang bernamaRazzi juga boleh dikenali dengan nama papaRazzi.
2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telahdicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
4. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liardiasaskan oleh Richard Martin dari Ireland padatahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yangditujukan khas buat pemain, peminat sertapersatuan2 bolasepak amnya pula dinyanyikanoleh Ricky Martin.
5. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakanoleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusiadan Sepanyol. ianya akan bertambah me njaditujuh bahasa jika ada perwakilan yangmenggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat.(bahasa yang ke tujuh hanya biasa digunakanroom dot dot dot)
6. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak samabesar kerana sebelah adalah kaki kanan dansebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudahtidak sama jadi tentunya besarnya juga tidaksama.
7. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yangjuga digelar besi berani. Sebagaimana namanyamagnet ialah besi yang berani menarik butir-butirbesi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yangdiupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
8. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornyaapabila diganggu. Apabila cicak menyedari yangdia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskanekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagiatas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akandiekori lagi.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang kesarangnya walaupun telah keluar kadangkalahingga beribu kilometer daripa da sarangnya tanpasesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas.Ini kerana setiap sarang burung mempunyaialamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dantempeleng adalah hampir sama walaupun iaberbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi,walaubagaimanapun orang yang kena tempelengmasih boleh memakan lempeng apabila dia berasalapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tigaratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup.Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik dirumah kita tidak akan aktif jika tidak membayarbilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisahlangsung tentang wang ringgit, pangkat,kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tokguru ilmu kebal, ahlak kereta kebal adalah lebihbaik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapitak pernah membanggakan diri dan riak akankekebalannya.
14. T ahukah Anda ahli sains seluruh duniabersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar,perut kita akan mengalami satu tindakbalas yangberupa kekenyangan. Nasi ayam juga bolehdigunakan sebagai ubat untuk menggembirakanhati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanjaoleh kawan kita.
15. Tahukah Anda....... tahukah anda..........tahukah anda.......... walaupun hidup beribu tahunkalau tak sembahyang tak ada gunanya.

Sunday, November 05, 2006

Lelaki???

Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya adalah seperti berikut :-

lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya

lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik dapat pahala dan kalau buat tak baik, dosanya ditanggung oleh suaminya

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian, nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki cepat mati kerana tidak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh ALLAH S.W.T. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu, kena jadi perempuan

Wanita
Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki
Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar tumah
Wanita saksinya kurang berbanding lelaki
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki

Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak
Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya (taat kepada ibunya)
Talak terletak di tangan suami
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki
Pernahkan kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tatapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukai dengan 4 syarat sahaja iaitu sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH....sayangnya ALLAH pada wanita.....kan

Saturday, November 04, 2006

Tak Logik

Untuk renungan bersama...
1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.
2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.
3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.
4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.
5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....
6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .
7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).
8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.
9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.
10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi.

Komen Anda???

Jam Dinding

Jam Dinding

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi.Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.
Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.
Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang.Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.
Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya,
"OOOO...patutlah tak jalan, drebarnya mati tershepittttt....!!"